Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat Singapura ganding bahu hulur bantuan kemanusiaan di Laos

Jul 28, 2018 | 03:03 PM



DUA syarikat Singapura menghulurkan bantuan kepada penduduk tempatan yang terjejas akibat empangan Xe Pian-Xe Namnoy di Attapeu, Laos, yang runtuh baru-baru ini.



Syarikat yang baru selesai membina loji penyulingan air laut ketiga Singapura, HSL Constructor, antara mereka yang telah tampil mendermakan sistem rawatan dan penapisan ultra mudah alih yang boleh menghasilkan air yang selamat untuk diminum.



HSL bekerjasama dengan syarikat pembekal air dari Singapura, Aquayana, untuk menghantar sistem air syarikat tersebut yang dikenali sebagai Suitcase Saver (SS400).



Satu pasukan yang merangkumi tiga anggota berangkat dari Singapura awal pagi tadi (28 Julai) untuk menghantar lima unit sistem air ke Laos.



Menurut satu kenyataan oleh HSL Constructor dan Aquayana, pasukan yang menghantar bekalan bantuan itu sudah berhubungan dengan Kementerian Ehwal Luar Laos dan Pusat Bantuan Kemanusiaan dan Pengurusan Bencana ASEAN (Pusat AHA).



Pengarah Kanan Operasi HSL, Encik Chris Lim, berkata mereka difahamkan bahawa bantuan yang diperlukan sekarang ialah bekalan makanan dan air.



“Tumpuan kami ialah untuk menyokong usaha bantuan yang sedang dijalankan serta bantu menstabilkan keadaan dengan menyediakan air yang bersih dan selamat diminum bagi masyarakat yang terjejas,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >