Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:16
Isyak
8:23

Syarikat sukan dan riadah didenda $6,500 buang serbuk klorin dalam pembetung awam

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Syarikat sukan dan riadah didenda $6,500 buang serbuk klorin dalam pembetung awam

Dec 07, 2021 | 05:30 AM

SEBUAH syarikat sukan dan riadah didenda $6,500 kerana membuang bahan berbahaya secara haram ke dalam pembetungan awam, jelas agensi air nasional PUB dalam kenyataannya semalam.

Pada 5 Mac, kakitangan Sekolah Renang Happy Fish telah menuang 45 kilogram serbuk klorin ke dalam pembetung di premis sekolah itu sekitar Jurong Gateway Road dan menggunakan air daripada hos bomba untuk melenyapkannya.

Bahan itu bercampur dengan bahan organik dalam air kumbahan lantas mengeluarkan gas klorin yang banyak sehingga menyebabkan bunyi letupan kedengaran dan mengejutkan penduduk di kawasan Jurong East.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan PUB diberitahu tentang kejadian itu yang tidak mencederakan sesiapa atau merosakkan pembetungan, jelas PUB.

Ia menambah siasatan menunjukkan Happy Fish tidak punya kebenaran bertulis untuk membuang cecair perusahaan ke dalam pembetungan awam.

"Mereka telah membuang bahan berbahaya ke dalam pembetungan daripada mendapatkan khidmat pengumpul sisa perusahaan toksik bagi melakukan tugas itu," jelas PUB sambil menambah firma itu didakwa atas kesalahan tersebut pada 23 November.

Serbuk klorin biasanya digunakan bagi sanitasi dan penyenggaraan kolam renang. Ia sangat reaktif dan mengakis maka harus diuruskan secara selamat dan sewajarnya.

Di bawah Akta Kumbahan dan Penyaliran, mereka yang membuang bahan berbahaya yang boleh menimbulkan bahaya kepada keselamatan dan kesihatan orang ramai atau sistem pembetungan awam boleh didenda hingga $50,000, dipenjara hingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3