SEBANYAK 182 pelatih akan ditawarkan tempat di 41 syarikat bagi kumpulan pertama program Diploma Teknikal Bekerja-Belajar (WLTD)
Daripada 41 syarikat, 36 telah menghadirkan diri di Institut Teknikal Pendidikan (ITE) Kolej Barat tengahari tadi bagi menyokong program ini.
Antaranya termasuk Keppel Offshore & Marine Ltd, Hexacon Construction Pte Ltd, Hospital St Luke, Hospital Masyarakat St Andrew dan Certis Technology (Singapore) Pte Ltd.
Program WLTD yang baru diperkenalkan tahun ini dibangunkan dan disampaikan menerusi kerjasama rapat dengan majikan utama.
Pembelajaran diraih di kededua tempat kerja dan kampus, dengan 70 peratus masa kurikulum dikhususkan bagi Latihan semasa Bekerja (On the Job Training)
Dalam ucapannya, tetamu terhormat, Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran), Encik Ong Ye Kung, berkata berbeza dengan diploma di politeknik, kemasukan pelajar bagi diploma di peringkat ITE lebih ditentukan oleh majikan, sama seperti sistem vokasional di Jerman dan Switzerland.
"Ini merupakan model perantisan (apprenticeship). Ia berbeza daripada menghadiri ceramah dan melakukan projek di institusi.
"Pelajar dalam program perantisan ini akan mempelajari sebanyak mungkin dari majikan seperti mana yang mereka pelajari dari pensyarah ITE.
"Majikan juga memainkan peranan besar dalam melakarkan kurikulum bersama," ujarnya.