Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat teksi lanjut kenaikan tambang sementara hingga 31 Disember kerana harga minyak kekal tinggi

Jul 21, 2022 | 09:28 PM



SYARIKAT teksi di sini telah melanjutkan hingga 31 Disember tambahan sementara satu sen  bagi tambang jarak dan masa menunggu bagi perjalanan teksi umum, langkah yang bertujuan membantu pemandu teksi menangani harga petrol yang tinggi.



Strides Taxi milik SMRT mengumumkan lanjutan ini di Facebook pada Khamis (21 Julai), sementara Premier Taxis membuat pengumuman itu di laman web mereka minggu lalu.



Baki tiga operator teksi di sini - ComfortDelGro, Trans-Cab dan Prime Taxi - juga memberitahu akhbar The Straits Times pada Khamis tentang langkah melanjutkan tambahan tambang sementara berkaitan dengan kenaikan harga petrol hingga penghujung tahun ini.



Kenaikan tambang yang diperkenalkan pada April sewaktu harga minyak naik tinggi, awalnya bertujuan dilaksanakan hingga penghujung Mei atau ketika harga minyak mula berkurangan.



Namun, ia dilanjutkan hingga penghujung bulan ini kerana harga petrol yang kekal tinggi dan kini dilanjutkan sedang harga bagi petrol 92-octane berada pada paras sekitar $3.



Dengan kenaikan sementara ini, penumpang yang menaiki teksi biasa dikenakan bayaran 25 sen bagi setiap 400 meter hingga 10 kilometer, bagi setiap 350 meter selepas perjalanan melepasi 10 kilometer dan setiap 45 saat atau kurang masa menunggu.



Ia meningkat daripada 24 sen sebelum ini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >