MINAT meneroka perniagaan di luar negara telah mendorong lebih banyak syarikat Singapura membuat pemeriksaan kredit terhadap syarikat-syarikat luar negara terutama di rantau ini.
Pemeriksaan kredit luar negara dilakukan syarikat setempat meningkat 3.04 peratus tahun lalu selepas susut 1.16 peratus pada 2016, menurut Biro Kredit Komersial Singapura (SCCB).