KORONAVIRUS: PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN M’SIA
Syarikat yang pekerja terjejas langkah sekatan M'sia: Pemerintah timbang hulur sokongan kewangan
Mar 18, 2020 | 05:30 AM
PEMERINTAH akan menimbangkan menyediakan sokongan kewangan bagi syarikat yang segera perlu menempatkan pekerja yang terjejas menyusuli pengumuman Malaysia untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan dua minggu.
Ia juga akan bekerjasama dengan penyedia asrama dan hotel untuk menyediakan sewa yang lebih rendah.