Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

JAWATANKUASA HAK ISTIMEWA PARLIMEN

Sylvia Lim serah isu pembohongan Raeesah ditangani ketua WP

Dec 15, 2021 | 05:30 AM



PENGERUSI Parti Pekerja (WP), Cik Sylvia Lim, tidak membincangkan sebarang jangka masa khusus untuk menangani isu pembohongan yang dinyatakan mantan anggota parti itu, Cik Raeesah Khan, di Parlimen selama berbulan lamanya kerana beliau telah membiarkan perkara itu ditangani ketua parti, Encik Pritam Singh.



Cik Lim berkata demikian dalam keterangannya kelmarin kepada Jawatankuasa Hak Istimewa, yang meneliti aduan terhadap mantan Anggota Parlimen (AP) GRC Sengkang, Cik Raeesah, menyusuli pembohongannya di Parlimen pada 3 Ogos la lu mengenai butiran kes serangan seksual yang didakwanya telah disalah urus oleh pihak polis.



Menurut laporan khas keempat yang dikeluarkan jawatankuasa itu semalam, Cik Lim berkata beliau percaya Encik Pritam paling mengenali Cik Raeesah dan sedang membimbingnya, dan oleh itu, telah membiarkan perkara itu kepada Encik Pritam untuk mengambil tindakan susulan.



Ini selepas beliau, Encik Pritam, Cik Raeesah dan naib pengerusi WP, Encik Faisal Manap, bertemu pada 8 Ogos untuk berbincang tentang pembohongan itu.



Sylvia sudah tahu pada 8 Ogos Raeesah berbohong di Parlimen



Pertemuan pada 8 Ogos itu merupakan kali pertama Cik Lim mengetahui bahawa Cik Raeesah telah berbohong di Parlimen.



Laporan itu berkata Cik Lim telah mengesahkan bahawa dalam tempoh selepas pertemuan 8 Ogos itu sehingga sidang Parlimen pada 4 Oktober, berdasarkan pengetahuannya, tiada langkah-langkah yang telah diambil untuk meminta Cik Raeesah datang ke Parlimen untuk menjelaskan perkara yang sebenar.



Cik Lim menambah bahawa beliau tidak fikir bahawa sesuatu yang konkrit telah dilakukan semasa tempoh itu.



Beliau juga tidak berkomunikasi dengan Cik Raeesah mengenai pembohongan itu langsung, dan tidak membincangkan perkara itu dengan Encik Pritam, Encik Faisal atau dengan sesiapa pun.



Khususnya, Cik Lim mengesahkan beliau tidak berbincang dengan Encik Pritam atau Encik Faisal tentang sama ada pembohongan Cik Khan akan dijelaskan semasa sidang Parlimen pada September.



"Cik Lim menjelaskan bahawa disebabkan Encik Singh paling mengenali Cik Khan, dan sedang membimbingnya, beliau membiarkan Encik Singh mengambil tindakan susulan mengenai perkara itu bersama Cik Khan.



"Cik Lim percaya bahawa Encik Singh akan mengetahui bahawa beliau telah membiarkannya (Encik Singh) menangani hal itu. Beliau tidak membincangkan sebarang jangka masa khusus dengan Encik Singh, mengenai bilakah pembohongan Cik Khan harus dijelaskan," kata laporan jawatankuasa itu.



Menurut laporan itu, Encik Pritam telah menghantar e-mel kepada semua Anggota Parlimen (AP) WP pada 1 Oktober, sebelum sidang Parlimen pada bulan itu, untuk mengingatkan kepada mereka bahawa jika sesuatu yang dinyatakan dalam Parlimen tidak dapat disokong bukti, AP itu akan dihadapkan ke Jawatankuasa Hak Istimewa.



Berdasarkan e-mel itu, Cik Lim berkata beliau mengerti bahawa Encik Pritam sedang meneliti perkara yang melibatkan Cik Raeesah.



Pada 3 Oktober, Encik Pritam telah pergi ke rumah Cik Raeesah untuk berbincang tentang sidang Parlimen keesokannya, kata laporan itu.



Cik Lim berkata beliau tidak tahu tentang pertemuan itu pada ketika itu, dan hanya mengetahuinya pada keesokannya.



Laporan itu berkata Cik Lim juga telah memberikan salinan nota yang ditulis beliau semasa wawancara panel disiplin WP bersama Cik Raeesah pada 29 November lalu kepada jawatankuasa itu.



Nota itu, antara lain, telah menunjukkan bahawa Encik Pritam telah berkata "Saya beritahu anda ia adalah keputusan anda (it was your call). Adakah keperluan memberitahu perkara sebenar di Parlimen terlintas kepada anda?".



Dalam jawapannya dalam nota ditulis itu, Cik Raeesah berkata "Iya tetapi disebabkan rasa bersalah + pengalaman sendiri. Tidak terfikir ia akan timbul".



Diminta pandangannya tentang apa yang dinyatakan Encik Pritam kepada Cik Khan, Cik Lim berkata Encik Pritam kelihatan telah memberitahu Cik Raeesah bahawa ia terletak pada tangan Cik Raeesah untuk menentukan apa untuk dilakukan pada 4 Oktober jika isu pembohongan itu timbul di Parlimen.



"Dalam bahagian lain keterangannya, Cik Lim berkata demikian (semasa menerangkan apa yang beliau percaya/fikirkan, sebelum pertemuan Panel Disiplin pada 29 November): beliau tidak akan percaya Encik Singh akan memberi Cik Khan pilihan untuk berbohong, jika perkara itu timbul lagi, dan bahawa beliau tidak dapat "mengerti" kemungkinan bahawa Encik Singh akan memberi Cik Khan pilihan antara memberitahu kebenaran dengan berbohong lagi," kata laporan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >