Subuh
5:41
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:30

Sylvia: Raeesah perlu masa untuk berterus terang

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

JAWATANKUASA HAK ISTIMEWA PARLIMEN

Sylvia: Raeesah perlu masa untuk berterus terang

W p
Dec 15, 2021 | 05:30 AM

PENGERUSI Parti Pekerja (WP), Cik Sylvia Lim memberitahu Jawatankuasa Hak Istimewa bahawa beliau tidak fikir bagi mantan anggota parlimen (AP) WP, Cik Raeesah Khan untuk berterus terang pada 5 Oktober lalu, sehari selepas Cik Khan mengulangi pembohongannya di parlimen, merupakan satu pilihan.

Ini kerana Cik Raeesah memerlukan masa untuk menyusun kenyataannya dengan teliti.

Dalam laporan keempat yang dikeluarkan jawatankuasa tersebut semalam, Cik Lim dikatakan berpendapat bahawa masa diperlukan untuk menyusun penjelasan Cik Raeesah dengan teliti, dan memastikan bahawa bekas AP itu selesa dengan memberi penjelasan tersebut.

Menurut Cik Lim, pada 3 Ogos lalu - kali pertama Cik Raeesah berbohong di parlimen - ketua WP, Encik Pritam Singh, telah merangka penjelasan bagi Cik Raeesah.

Penjelasan tersebut, yang kemudian disampaikan Cik Raeesah, ternyata ia menggandakan lagi pembohongannya kerana maklumat yang diberikan Cik Raeesah adalah tidak benar.

Oleh yang demikian, Cik Lim menekankan bahawa kejadian itu merupakan peringatan tentang bagaimana perkara itu perlu dilakukan dengan pertimbangan yang sewajarnya.

Laporan terkini itu juga mengatakan bahawa Cik Lim dan Encik Pritam telah bertemu dengan Cik Raeesah pada 11.15 malam di pejabat Encik Pritam.

Menurut Cik Lim, Encik Pritam telah menanyakan Cik Raeesah rancangannya tentang perkara itu, dan Cik Raeesah kemudian berkata terdapat kemungkinan beliau akan mengambil jalan yang jujur.

Pada pertemuan ini, Cik Lim mahupun Encik Pritam tidak bertanya kepada Cik Raeesah sama ada beliau telah memberitahu ibu bapanya tentang serangan seksual yang pernah dilalui.

Mereka juga tidak menyatakan kepada Cik Raeesah keperluan membuat penjelasan di Parlimen berkenaan perkara tersebut, meskipun Cik Lim berkata beliau ada terfikir untuk berbuat demikian.

Pada 12 Oktober lalu, Cik Raeesah bertemu Cik Lim dan Encik Pritam sekali lagi di rumah Encik Pritam, namun, pada pertemuan itu, Cik Raeesah keliatan keberatan untuk memperbetul pembohongan, kata Cik Lim.

Cik Lim memberitahu jawatankuasa itu bahawa kedua-dua beliau dan Encik Pritam merasa marah dan memberitahu Cik Raeesah supaya melakukan pembetulan.

Mereka juga memberitahu Cik Raeesah bahawa beliau tidak mempunyai pilihan lain tetapi berterus terang di sesi Parlimen seterusnya, dan setelah perbincangan, Cik Raeesah bersetuju itulah perkara terbaik yang patut dilakukan.

Cik Lim juga memberitahu jawatankuasa itu bahawa antara 12 Oktober dengan 29 Oktober lalu iaitu sebelum Cik Raeesah memberikan kenyataannya di Parlimen untuk menjelaskan duduk perkara sebenar, beberapa draf kenyataan tersebut telah disediakan dan disemak Cik Raeesah, Encik Pritam, Cik Lim dan/atau mantan penolong Cik Raeesah, Cik Loh Pei Ying serta sukarelawan parti, Encik Yudhishtra Nathan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3