PRESIDEN Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Zahidi Abdul Rahman, berkata skim Kredit Produktiviti dan Inovasi (PIC) harus diperhalusi lagi bagi membolehkan lebih banyak perniagaan mikro atau kecil-kecilan memanfaatkannya.
Ini disebabkan peniaga golongan itu, yang mengendalikan perniagaan seorang diri atau menggajikan kurang tiga pekerja, benar-benar memerlukan bantuan teknologi dan pembiayaan supaya dapat bertahan dan berkembang.