Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syukur dah disuntik! Penyelia dijangkiti Covid-19 tidak teruk

Jul 25, 2021 | 05:30 AM



MEMANG menjadi lumrah bagi Encik Rohim Jamal untuk singgah ke Pusat Makanan Haig Road atau kawasan di sekitarnya sebanyak dua hingga tiga kali seminggu selepas habis bertugas.



Oleh kerana beliau bekerja sebagai seorang penyelia di sebuah kondominium berdekatan, ia menjadi satu kelazimannya untuk minum teh atau makan petang.



Sabtu lalu selepas minum teh di Pusat Makanan Haig Road dan menjamu selera di Bedok bersama isterinya, beliau pulang ke rumah dan mendapati dirinya batuk-batuk tidak henti dan suhu badannya naik sehingga 38 darjah Celsius.



"Saya terasa seram sejuk. Dada saya pun sakit kerana batuk-batuk tak henti-henti. Saya rasa pelik kerana saya jarang demam dan batuk kerana sejak dulu saya amalkan makan madu setiap hari. Orang rumah suruh saya ambil panadol. Tetapi, keesokan harinya, keadaan saya masih sama dan suhu badan semakin panas. Oleh kerana tidak tahan, saya terus naik Grab ke Hospital Tan Tock Seng,'' kata Encik Rohim, yang usianya hampir mencecah 70 tahun, yang mengongsi pengalamannya.



Selepas memberitahu doktor keadaannya, beliau terus diasingkan dan diuji Covid-19.



Memang sah, beliau positif Covid-19!



Beliau ditahan di hospital tetapi keadaannya tidak teruk.



Selepas dua hari, beliau tidak lagi batuk-batuk dan demamnya pun reda.



"Doktor kata saya bernasib baik kerana telah mendapatkan dua dos vaksinasi. Jadi, keadaan saya tidak teruk. Lain pula orang-orang yang tak dapat vaksinasi. Saya melihat ada pesakit yang kena dibantu pernafasan mereka dengan oksigen,'' katanya, yang baru dipindahkan ke Aloha Loyang Resort kelmarin.



Beliau telah mendapat dos kedua Pfizer di Wisma Geylang Serai (WGS) April lalu.



Menurutnya, beliau tidak teragak-agak mendapat vaksinasi kerana ia untuk kebaikan dirinya, keluarga serta negara.



"Saya bersyukur kerana telah mendapat vaksin. Keadaan saya cepat pulih. Kini, saya dah boleh berbual macam biasa dan tak batuk lagi.



"Saya menyeru warga emas yang belum divaksin agar jangan bimbang untuk mendapatkan vaksinasi. Kita tidak tahu bila kita akan dijangkiti Covid-19. Tapi, sekurang-kurangnya kita sudah mendapat perlindungan dengan vaksinasi dan kesannya tak teruk,'' tambah bapa lima orang anak dan 11 cucu itu.



Pasar dan Pusat Makanan Haig Road telah diarahkan ditutup dari 21 Julai hingga 4 Ogos kerana terdapat banyak kes Covid-19 di sana dan ia sedang menjalani kerja-kerja pembersihan bagi menyekat penyebaran jangkitan Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >