MENJELANG Aidilfitri dua hari lagi, Cik Alijah Sulaiman (duduk di kerusi roda), 67 tahun, bersyukur menerima habuan yang dapat mengurangkan sedikit bebannya daripada Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, semalam.
Cik Alijah, yang tinggal bersama dua adiknya dan seorang cucu berumur 10 tahun di Bedok South Road, menghidap pelbagai penyakit - tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, masalah jantung dan barah rahim tahap ketiga.