Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJAWAN 2016

Syukur dapat terus bekerja, tak sekadar 'MRT'...

Apr 09, 2016 | 05:30 AM



SAYA baru sahaja turunkan tandatangan pada kontrak melanjutkan pekerjaan selama setahun lagi kelmarin dengan syarikat Singapore Press Holdings (SPH).



Tawaran itu dibuat pihak syarikat ketika kontrak pertama yang saya tandatangani apabila usia saya genap 62 tahun pada April tahun lalu bakal berakhir pada 18 April ini.



Bak bulan jatuh ke riba, saya diberi peluang terus menulis dan membuat liputan setahun lagi untuk Berita Harian - akhbar kesayangan dan menjadi pintu rezeki saya sejak 31 tahun lalu.



Saya jangka saya boleh terus berkhidmat sehingga usia 65 tahun pada 2018, jika majikan masih mahu dan keadaan mengizinkan.



Ini kerana peraturan sekarang menetapkan majikan hanya diwajibkan menawarkan pekerjaan kepada pekerja yang layak apabila mereka berusia 62 tahun. Tawaran meneruskan pekerjaan itu boleh dibuat sehingga mereka mencapai usia 65 tahun.



Pemerintah pernah membayangkan kemungkinan usia persaraan dilanjutkan kepada 67 tahun.



Bagi saya, bekerja sehingga usia persaraan 65 tahun di bawah peraturan sekarang sudah memadai selagi pekerja boleh terus menyumbang dan kesihatan masih mantap.



Namun, belum sempat saya memanaskan kerusi selepas memperbaharui kontrak kelmarin, Menteri Tenaga Manusia Lim Swee Say antara lain mengumumkan dalam perbahasan Belanjawan bagi kementeriannya semalam bahawa mulai 1 Julai tahun depan, para majikan diwajibkan menawarkan pekerjaan semula kepada para pekerja yang lahir pada atau selepas 1 Julai 1952 sehingga mereka berusia 67 tahun.



Pengumuman beliau itu tentunya disambut dengan tangan terbuka oleh para pekerja sebaya yang masih sihat dan cergas dari segi fizikal dan mental.



Lagipun ramai daripada mereka mempunyai pengalaman dan kemahiran yang boleh dimanfaatkan, sekali gus masih boleh menyumbang kepada syarikat.



Ia juga bermakna rezeki keluarga tidak putus dan masa dihabiskan dengan penuh manfaat.



"Kalau tak kerja apa kau nak buat? Takkan hanya 'MRT' (makan, rehat dan tidur)?" tanya seorang rakan sepejabat sambil menggalakkan saya supaya terus bekerja dan elak 'MRT' yang mengundang pelbagai masalah ketika usia merangkak senja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >