Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mangsa pancingan data OCBC

'Syukur sangat' $100,000 yang lesap diganti balik bank

Jan 22, 2022 | 05:30 AM



FIKIRANNYA kusut dan buntu selepas wang simpanan $100,000 lenyap dengan sekelip mata.



Namun, bak awan mendung berarak pergi, Cik Siti Raudhah Mohd Ali, 33 tahun (gambar atas), kini dapat menarik nafas lega apabila Bank OCBC mengumumkan akan membuat pembayaran muhibah penuh kepada semua mangsa pancingan data.



Kerana agak terdesak, Cik Siti, suri rumah sepenuh masa, menimbangkan untuk memulakan perniagaan di rumah (HBB) menjual biskut coklat bagi menanggung kerugiannya.



"Apabila kejadian itu berlaku, saya banyak berfikir tentang bagaimana untuk dapatkan wang tambahan. Namun, kerana saya tidak dapat biarkan anak-anak berseorangan di rumah, saya dapat idea untuk menjual biskut sempena perayaan Tahun Baru Cina.



"Jadi langkah menjual biskut adalah cara terbaik yang membolehkan saya jaga anak serta mendapatkan wang tambahan," kata beliau lagi yang telah mencari beberapa resipi yang boleh digunakan untuk jualan biskut walaupun tidak mempunyai pengalaman.



Sehingga kini, beliau telah menerima 10 botol tempahan bagi biskut coklat daripada rakan-rakan serta keluarga.



Wang $100,000 itu merupakan wang simpanan akaun bersama suami dan enam akaun peribadi anaknya.



Wang itu telah terkumpul selama lebih 10 tahun, sepatutnya digunakan bagi perbelanjaan harian, membayar bil serta membiayai yuran persekolahan anak-anaknya.



Anak-anaknya berusia antara satu hingga 10 tahun, sementara suaminya, guru sekolah rendah.



Beliau merupakan salah seorang daripada hampir 470 pelanggan OCBC yang hilang sekurang-kurangnya $8.5 juta bulan lalu akibat penipuan pancingan data.



Cik Siti tidak dapat mengulas lebih lanjut mengenai pembayaran muhibah daripada OCBC kerana tertakluk kepada perjanjian yang tidak boleh didedahkan kepada orang awam (NDA).



Namun, Cik Siti berkata beban yang dipikulnya selama beberapa minggu ini menjadi ringan.



"Alhamdulillah, bersyukur sangat. Pada awalnya saya diberitahu siasatan akan mengambil lebih daripada sebulan tetapi apabila saya menerima panggilan daripada OCBC Isnin lalu mereka berkata siasatannya sudah selesai.



"Sekarang saya tidak perlu berfikir banyak lagi tentang apa yang saya harus lakukan untuk mendapat kembali wang yang hilang itu," jelasnya, dengan suara gementar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >