Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

T1, T3 Changi dibuka semula mulai Rabu

Aug 28, 2021 | 05:30 AM



TERMINAL 1 dan 3 Lapangan Terbang Changi akan dibuka semula mulai Rabu depan, menyusuli penutupan selama tiga bulan akibat pandemik Covid-19.



Langkah berjaga-jaga tambahan kini dikuatkuasa untuk mengasingkan mereka yang tiba dari luar negara daripada masyarakat awam lain, sedang jumlah pelancong dijangka meningkat selepas Singapura melonggarkan sekatan sempadannya secara bertahap.



Contohnya, hanya penumpang yang tiba di Singapura dan mereka yang menawarkan khidmat menyambut atau meet-and-greet profesional akan dibenarkan berada di dewan ketibaan.



Sistem hawa dingin dan pengudaraan di terminal juga telah dipertingkat.



Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Changi Airport Group (CAG) mengumumkan pembukaan itu dalam satu kenyataan semalam.



Pengarah CAAS Han Kok Juan berkata: "Kami berpuas hati dengan langkah keselamatan yang telah dikuatkuasa oleh CAG dan kakitangan lapangan terbang bagi pembukaan semula Terminal 1 dan 3."



"Sedang Singapura mengambil langkah berjaga-jaga dalam pembukaan sempadan, kita perlu memastikan Lapangan Terbang Changi kekal selamat bagi pelawat yang tiba atau singgah di sini."



CAAS akan terus menyemak protokol keselamatan di lapangan terbang berdasarkan situasi Covid-19, tambahnya.



Dua terminal itu dan juga Jewel ditutup Mei lalu selepas kelompok Covid-19 dikesan di T3.



Kelompok itu bertambah dengan mencatatkan 108 kes secara keseluruhan, 43 daripadanya merupakan kakitangan lapangan terbang itu.



Sementara Jewel dibuka semula pada 14 Jun, sekitar sebulan selepas penutupannya, bangunan terminal tetap ditutup kepada orang awam supaya pekerja dapat menyesuaikan diri kepada prosedur keselamatan.



Menurut CAAS dan CAG, sebahagian dewan ketibaan T3 telah diubah menjadi kawasan rehat untuk pekerja.



Cawangan makanan dan minuman serta runcit yang terletak di dewan ketibaan T3 juga akan ditutup buat sementara waktu dengan beberapa zon berbeza yang dipisahkan.



Pekerja lapangan terbang diasingkan mengikut tiga zon berdasarkan risiko jangkitan yang mereka hadapi.



Sebagai contoh, staf yang bertugas di zon berisiko paling tinggi, iaitu di pintu keberangkatan dan ketibaan, serta di dewan ketibaan dan bagasi perlu memakai PPE sepanjang syif mereka kecuali ketika waktu makan dan berehat. Mereka juga tidak dibenarkan keluar dari zon semasa bertugas atau berinteraksi dengan staf dari zon lain.



Selain itu, pekerja juga akan menjalani ujian pernafasan atau breathalyser - sebahagian ujian rintis pada skala kecil yang sedang dijalankan.



Menurut kenyataan sebelum ini, CAG dan CAAS berkata kumpulan pekerja itu akan menghembus nafas ke alat pakai buang TracieX yang dipasangkan dengan cip sensor.



Sampel nafas mereka itu kemudian akan dianalisis menggunakan alat lain dan ia hanya perlukan masa dua minit untuk mengesan jika seseorang itu dijangkiti Covid-19.



Ujian tidak invasif baru ini akan diperluas secara berperingkat untuk menggantikan ujian pantas antigen (ART) bagi lebih ramai pekerja lapangan terbang.



Sejak 23 Mei, pekerja lapangan terbang di zon risiko tinggi perlu menjalani ujian tambahan ART itu di tengah-tengah rejim ujian reaksi rantai polimerase (PCR) mereka yang dilakukan setiap tujuh hari. Ia mengambil sekitar 30 minit untuk mendapat keputusan ujian ART.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >