Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

T5 Changi mungkin dihubungkan dengan 2 laluan MRT

Mar 06, 2017 | 08:21 AM



TERMINAL 5 (T5) Lapangan Terbang Changi mungkin disediakan dengan khidmat dua laluan MRT baru bagi memudahkan pelancong dan pengunjung.



Keputusan muktamad belum dibuat, tetapi The Straits Times difahamkan terdapat rancangan menghubungkan laluan Thomson-East Coast dan laluan Cross Island dengan terminal baru itu kelak.



Jika ini berlaku, operasi laluan yang yang menghubungkan Singapore Expo dengan Lapangan Terbang Changi mungkin dihentikan.



Pada masa ini, pengunjung ke lapangan terbang perlu turun di stesen Tanah Merah di laluan Timur-Barat dan mengambil kereta api ulang-alik dari platform itu ke lapangan terbang.



Laluan Thomson-East Coast - dijadual dibuka secara berperingkat 2019-2024 - mungkin berhenti di T5 sebelum berakhir di stesen MRT Lapangan Terbang Changi yang sedia ada. Bagi laluan Cross Island, dijangka siap pada 2030, rancangannya ialah menghubungkannya dengan zon perindustrian baru Changi East sebelum ke T5.



Kemungkinan melanjutkan laluan baru ke lapangan terbang Changi pertama kali didedahkan Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan pada Julai pada majlis pecah tanah MRT.



Beliau berkata lanjutan daripada Island Line Cross ke lapangan terbang itu juga akan melengkapkan projek kereta api berkelajuan tinggi akan datang antara Kuala Lumpur dengan Singapura, kerana laluan MRT akan dihubungkan dengan perhentian kereta api berkelajuan tinggi di Jurong East.



T5, dijadual dibuka sebelum akhir dekad depan, sedang dibina di Changi East, yang kini terpisah daripada terminal lapangan terbang sekarang di Changi Coast Road. Terminal baru itu kelak adalah lebih besar daripada gabungan T1, T2 dan T3.



Pembangunan Changi East itu akan merangkumi zon perindustrian baru yang akan menempatkan perniagaan aeroangkasa dan yang ada kaitan dengan penerbangan.



Hubungan langsung antara Lapangan Terbang Changi dengan kawasan bandar adalah satu kemestian, kata pakar pengangkutan.



Banyak lapangan terbang lain di Asia, termasuk di Bangkok, Tokyo, Shanghai dan Hongkong, menyediakan pilihan menggunakan kereta api kepada pelancong dan pengunjung.



Penyelidik pengangkutan Lee Der Horng berkata, sedang sebahagian hubungan itu kurang perlu kerana jarak antara lapangan terbang dengan bandar tidak begitu jauh, pelancong dan pengunjung masih menjangka khidmat kereta api dan pengangkutan lain yang baik dari dan ke Changi.



"Melanjutkan laluan Thomson-East Coast danCross Line adalah langkah yang bijak," kata beliau.



Membina stesen di zon perindustrian Changi East pada masa depan akan memanfaat pekerja lapangan terbang juga, kata pengerusi Persatuan Ejen kargo udara Singapura Steven Lee. - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >