Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TAA agih $1.43 juta kepada 3,589 penerima

May 03, 2021 | 05:30 AM



TABUNG Amal Aidilfitri (TAA) telah mengagihkan dana $1.43 juta kepada 3,589 benefisiari pada Ramadan ini, dengan setiap penerima juga akan menerima jumlah agihan lebih tinggi.



Penerima Dana Aidilfitri TAA tahun ini menerima $400 setiap seorang, berbanding $350 yang diberikan tahun lalu.



Pada Ramadan tahun lalu, TAA mengagihkan lebih $1.14 juta kepada 3,300 benefisiari.



Di majlis pengagihan Dana Aidilfitri TAA di Wisma Geylang Serai semalam, Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim hadir mengagihkan sumbangan kepada para penerima.



Dalam ucapannya, Dr Faishal berkata:



"Masyarakat Melayu Islam di sini amat prihatin terhadap nasib yang menimpa golongan yang lebih memerlukan. Ini terbukti, apabila masyarakat di Singapura tampil untuk menyokong usaha TAA mengumpulkan dana walaupun dalam keadaan yang mencabar."



Akur mengumpul dana adalah satu cabaran besar bagi TAA di tengah-tengah pandemik Covid-19, Dr Faishal namun menyeru kepada masyarakat Melayu/Islam untuk terus menghulurkan sumbangan kepada usaha murni TAA agar ia dapat mengumpul dana yang cukup untuk diagihkan kepada semua penerimanya.



Penerima Dana Aidilfitri TAA terdiri daripada golongan fakir dan miskin dan mereka yang mengalami penyakit kronik.



Ketua Jawatankuasa Eksekutif TAA, Encik Farihullah Abdul Wahab Saifullah, berkata:



"Kepada penerima Dana Aidilfitri yang hadir pada hari ini, kami harap dana bantuan yang disampaikan dapat meringankan sedikit cabaran yang anda hadapi. Kami mendoakan kesejahteraan anda sekeluarga."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >