Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TAA agih $472,940 bantuan kewangan tambahan

Jul 05, 2022 | 02:08 PM



TABUNG Amal Aidilfitri (TAA) akan mengagihkan sebanyak $472,940 sebagai bantuan kewangan tambahan kepada 3,638 penerima bantuan 8 Julai ini. 



Kebanyakan penerima bantuan ini akan menerima sumbangan tersebut menerusi Giro.



Jumlah tersebut merupakan tambahan kepada $1.45 juta bantuan kewangan yang diagihkan semasa Ramadan, April lalu.



Keseluruhan jumlah bantuan kewangan yang disediakan bagi kededua agihan itu ialah $1.92 juta, yang merupakan jumlah agihan keseluruhan terbanyak dalam sejarah 30 tahun TAA.



Ini hasil sokongan kukuh masyarakat, penderma dan rakan-rakan lain, kata TAA dalam satu kenyataan ringkas semalam.



“Kami sedar bahawa penerima bantuan kami terus berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kami harap bantuan kewangan tambahan akan dapat meringankan kesukaran mereka,” kata TAA lagi. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >