Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TAA agih lebih $1.4 juta kepada 3,600 penerima

taa
Apr 24, 2022 | 09:20 PM



TABUNG Amal Aidilfitri (TAA) telah mengumumkan pengagihan dana melebihi $1.4 juta kepada 3,600 penerima termasuk golongan kurang berkemampuan pada Ahad (24 Apr).

Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade, Encik Fahmi Aliman, yang juga Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, ketika berucap dalam majlis pengagihan dana itu telah melahirkan rasa gembiranya melihat keprihatinan masyarakat Melayu/Islam di sini terhadap golongan yang lebih memerlukan.

Beliau gembira kerana di sebalik cabaran mengumpulkan dana di era pandamik, sumbangan tetap berjaya dikumpulkan.





“Saya ingin menyeru agar masyarakat kita terus menghulurkan sumbangan kepada usaha TAA yang murni ini.

“Sifat dermawan masyarakat saya ucapkan syabas,” ujar beliau di majlis yang berlangsung di Wisma Geylang Serai (WGS) itu.

Antara penerima dana itu termasuklah golongan kurang berkemampuan, pesakit yang menghidapi sakit ginjal, sakit jantung, barah dan pelbagai lagi penyakit kronik.





TAA, yang dibentuk  pada 1992, menyambut ulang tahunnya yang ke 30 tahun ini.

Daripada sumbangan derma menerusi kutipan tabung, saluran dana juga kini diluaskan kepada wadah digital seperti PayNow dan transaksi perbankan serta menerusi laman Giving.Sg.

Sumbangan menerusi cek kepada TAA Trust Fund dan tabung TAA di Kompleks Joo Chiat juga masih diteruskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >