TAA bukan sekadar kumpul, agih derma

Ditubuhkan pada 1992, Tabung Amal Aidilfitri (TAA) merupakan wadah di mana derma daripada masyarakat dapat dikumpulkan dan diagihkan kepada mereka yang memerlukan menjelang Ramadan dan Hari Raya. Kini, badan tersebut mempunyai skop khidmat yang semakin luas untuk memenuhi keperluan masyarakat yang pesat berubah. Wartawan Berita Harian SITI AISYAH NORDIN (naisyah@sph.com.sg) melaporkan.

'JENAMA' Tabung Amal Aidilfitri atau TAA mungkin tidak asing lagi bagi anggota masyarakat Melayu/Islam Singapura.