TAA kumpul $56,172 dalam 10 hari pertama Ramadan

DALAM 10 hari pertama Ramadan, sifat murah hati masyarakat Melayu/Islam menyumbang demi membantu dan memperkukuh keadaan keluarga yang memerlukan, ternyata menyerlah.

Dalam kiraan pertama daripada 14 kotak derma di sekitar kawasan Geylang Serai semalam, sebanyak $56,172 telah berjaya dikumpul oleh Dana Amanah Tabung Amal Aidilfitri (TAA).

Jumlah ini adalah lebih tinggi berbanding $52,400 yang dikumpul tahun lalu.

Tahun ini, dengan sokongan Wisma Geylang Serai dan syarikat Orange Travel, TAA mampu meletak kotak derma di Bazar Raya Geylang Serai.

Di samping itu, TAA turut meletakkan kotak derma di pusat beli-belah Joo Chiat Complex, pasar Geylang Serai, Wisma Geylang Serai dan Tanjong Katong Complex.

Tahun lalu, TAA tidak mempunyai sebarang kotak derma di bazar Geylang Serai.

Mengulas tentang jumlah yang dikumpul sejauh ini, Ketua Jawatankuasa Eksekutif TAA, Encik Muhd Harmizan Abdul Hamid, berkata:

"Derma pada 10 Ramadan ini menepati sasaran dan matlamat yang telah kami tetapkan.

"Ini menunjukkan sokongan masyarakat yang padat dalam usaha kita mengumpul dana

"Dengan sokongan ini, saya harap kita dapat terus bekerjasama dalam bulan yang mulia ini dan meningkatkan lagi dana serta bantuan yang boleh kita hulurkan," katanya.


"Derma pada 10 Ramadan ini menepati sasaran dan matlamat yang telah kami tetapkan. Ini menunjukkan sokongan masyarakat yang padat dalam usaha kita mengumpul dana. Dengan sokongan ini, saya harap kita dapat terus bekerjasama dalam bulan yang mulia ini dan meningkatkan lagi dana serta bantuan yang boleh kita hulurkan.''
- Ketua Jawatankuasa Eksekutif TAA, Encik Muhd Harmizan Abdul Hamid.

Galeri Foto

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:09
Isyak
8:22
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.