TAA letak tiga tabung di Little India untuk jangkau India/Islam
Jun 08, 2015 | 05:30 AM
TIGA kotak derma Tabung Amal Aidilfitri (TAA) akan diletakkan di kawasan Little India sepanjang Ramadan dan Syawal ini dalam usaha pertama kempen tahunan itu menjangkau kepada masyarakat India/Islam setempat.
Secara keseluruhan, 70 tabung TAA akan diletakkan di serata Singapura dan dua talian derma dibuka bagi mencapai sasaran mengumpul $800,000 sepanjang kempen yang akan berlangsung hingga 31 Julai ini.