TABUNG Amal Aidilfitri (TAA) telah menetapkan sasaran untuk mengumpul $800,000 pada musim Ramadan dan Hari Raya tahun ini.
Matlamat tersebut sama seperti yang ditetapkan tahun lalu.
Sasaran yang konservatif itu didorong oleh kebimbangan pertumbuhan ekonomi yang dijangka tumbuh lebih perlahan.
Menurut Ketua Jawatankuasa Eksekutif TAA, Encik Muhd Harmizan Abdul Hamid, dek keadaan ekonomi yang agak suram, beliau akur sasaran tersebut mungkin tidak dapat dicapai namun yakin orang ramai akan tetap tampil untuk menderma.
Beliau berkata demikian di akhir majlis pelancaran TAA di Tanjong Katong Kompleks petang tadi.
Majlis tersebut dilancarkan Menteri Negara Kanan (Pertahanan dan Hal Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.