Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TAA terima lebih 3,400 permohonan, tertinggi dalam enam tahun

Apr 24, 2019 | 08:56 PM



JUMLAH permohonan bantuan kewangan Dana Amanah Tabung Amal Aidilfitri (TAA) tahun ini mencapai rekod tertinggi dalam tempoh enam tahun. 



Menyatakan demikian semasa pelancaran kempen amal Ramadan TAA ke-27 malam tadi, Ketua Jawatankuasa Eksekutif, Dana Amanah TAA, Encik Harmizan Abdul Hamid, berkata TAA  menerima lebih daripada 3,400 permohonan yang akan disemak dengan teliti dan tulus bagi   mengenal pasti mereka yang benar-benar memerlukan bantuan. 



Buat julung kalinya TAA memperkenalkan tiga duta yang akan membantu menyebarkan semangat memberi dan menolong sepanjang Ramadan. 



Mereka ialah pelakon Alias Kadir dan Shahril Wahid serta cef selebriti Mel Dean. 



Pelancaran tersebut dihadiri Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara), Encik Zaqy Mohamad, sebagai tetamu terhormat. 



Jumlah pungutan sebanyak $850,000 disasarkan untuk kempen Ramadan tahun ini, sama seperti tahun lalu. 



Kempen tahun ini dengan tema “Sumbangan Bakti, Amalan Suci” akan berlangsung sehingga 9 Jun ini . 



Semasa berucap, Ketua Jawatankuasa Eksekutif Dana Amanah TAA, Encik Muhd Harmizan Abdul Hamid, berkata:



“Tema tahun ini amat bermakna bagi kita untuk berbakti kepada masyarakat dan melanjutkan amalan kita demi mencapai kesucian dan peluang memberi dan menambah rahmat kepada tangan-tangan yang menadah. 



“Bantuan yang kita hulurkan dapat meringankan beban mereka yang memerlukan,” katanya. 



Seperti tahun-tahun lepas, tabung derma TAA akan diletakkan di pelbagai kawasan bagi memudahkan orang ramai menderma.



Talian amal bagi menderma $50 (1900-112-9050) dan $10 (1900-112-9010) juga disediakan.



Butir dan maklumat lanjut boleh didapatkan dengan melungsuri laman web www.taa.org.sg atau Facebook / Tabung Amal Adilfitri Trust Fund; atau dengan menghantar e-mel kepada info@taa.org.sg.



Pejabat Dana Amanah TAA terletak di 845 Geylang Road, Tanjong Katong Complex, #04-16, Singapura 400845




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >