Subuh
5:56
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32

Tabah hadapi dugaan: Anak lahir sempurna, tapi kemudian...

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Tabah hadapi dugaan: Anak lahir sempurna, tapi kemudian...

Jan 25, 2023 | 05:30 AM

IBU mana yang tidak berasa bimbang apabila anaknya yang dilahirkan sempurna dan sihat tiba-tiba asyik menangis tanpa henti dan berat badannya susut agak mendadak.

Perasaan sedih menyelubungi diri Cik Noraini Abdul Majid apabila pemeriksaan doktor mendapati anaknya, Mohamed Syakir Nasruddinq, menghidapi sejenis penyakit yang jarang dialami budak sebayanya - Sindrom William.

Ia adalah gangguan genetik yang menyebabkan kelewatan dalam pembangunan kognitif dan kesukaran dalam pembelajaran serta menjejas penampilan fizikal.

Penghidap sindrom ini juga mengalami kesukaran melakukan tugasan seperti melukis dan membuat teka-teki, tetapi cekap dalam muzik dan pembelajaran menggunakan teknik mengulang.

"Memang teramat sedih kerana saya tidak mengalami sebarang masalah semasa mengandung. Macam tak percaya,'' kata suri rumah berusia 35 tahun itu.

Anaknya itu dilahirkan melalui proses persenyawaan in vitro (IVF) setelah Cik Noraini dan suaminya, Encik Mohamed Kamal Ibrahim, menanti selama lima tahun untuk menimang cahaya mata.

Namun, salah seorang kandungan anak kembar mereka meninggal dunia akibat keguguran.

Laporan lanjut: Anak lahir sihat tiba-tiba dilanda sakit jarang dialami

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3