Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tabah jalani Ramadan dan ujian Covid-19

Apr 24, 2020 | 05:30 AM



MASYARAKAT Islam di Singapura mula berpuasa hari ini, berlatarbelakangkan dengan keadaan wabak koronavirus Covid-19 yang jumlah pesakitnya semakin meningkat.



Dalam sekitaran yang mencabar ini, pemimpin Singapura telah menggesa masyarakat agar terus memaparkan sifat ihsan dan berdaya tahan dalam perjuangan menentang wabak tersebut.



Semalam Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan lagi 1,037 kes baru Covid-19 di sini, kebanyakannya pekerja asing yang tinggal di dormitori, manakala 21 kes pula warga Singapura dan penduduk tetap.



Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Singapura mencecah 11,178.



Akur bahawa Ramadan kali ini berbeza, Presiden Halimah Yacob dalam kiriman Facebooknya telah menggesa umat Islam di Singapura agar terus menyokong dan membantu satu sama lain.



Menyifatkan suasana Ramadan kali ini sebagai luar biasa pula, Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir dalam kenyataan media Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata Ramadan dan Hari Raya tahun ini disambut bersama keluarga di rumah masing-masing dalam usaha mengelak penularan koronavirus.



"Seberat mana sekalipun ujian ini, kita mampu menerima dan mengatasinya dengan izin Allah swt .Apatah lagi dengan ketibaan Ramadan yang sememangnya satu bulan perjuangan, dan kemuncak kesabaran, ketabahan, dan pengharapan.



"Saya mengajak anda sekalian untuk menggunakan kekuatan iman dan kerohanian yang dibina di dalam Ramadan untuk membulatkan tekad kita mengalahkan musuh virus ini. Yakinilah, ujian ini juga akhirnya akan berlalu. Berkat kesabaran dan perpaduan, kita akan berjaya dan bersama mengatasinya," katanya.



Menulis di Facebooknya, Perdana Menteri Lee Hsien Loong turut melahirkan harapan agar masyarakat Islam di sini memahami sebab sebalik pelanjutan tempoh pemutus litar, iaitu untuk 'menghapus jangkitan Covid-19 baru' dan 'melindungi kita semua'.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, pula berkata meskipun Ramadan tahun ini berbeza, beliau yakin ia tidak kurang bermakna.



Umat Islam masih mampu melaksanakan ibadah penting dalam bulan Ramadan, iaitu puasa dan zakat, katanya menerusi Facebook.



Beliau menambah masyarakat Islam boleh berbangga kerana menjalankan tanggungjawab sosial untuk mengekang penularan Covid-19 demi kemaslahatan semua, seperti yang dianjurkan agama Islam.



"Semoga Ramadan ini mengajar Masyarakat Gemilang kita untuk lebih tabah dalam menghadapi pelbagai dugaan, dan lebih yakin dalam mengamalkan agama kita dalam situasi yang sangat berbeza ini," tulisnya.



Masyarakat Islam di sini menyambut Ramadan tanpa kebiasaan tahunan seperti bazar Raya di serata pulau yang telah dibatalkan kerana perlu mematuhi peraturan jarak selamat yang dipertingkat.



Masjid-masjid juga telah ditutup sejak bulan lalu sedang jemaah digalak melakukan solat tarawih dan buka puasa di rumah.



Berbuka puasa beramai-ramai dengan keluarga dan rakan, satu kebiasaan dalam tempoh ini, juga tidak boleh dilakukan kecuali dengan seisi rumah sendiri.



Awal minggu ini, pemerintah telah melanjutkan tempoh pemutus litar yang sepatunya berakhir pada 4 Mei hingga ke 1 Jun, sekitar seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri dijadual berlangsung.



Muis dalam kenyataan minggu lalu telah menggalak umat Islam melaksanakan ibadah Ramadan di rumah dengan bermakna dan membina ketahanan melalui agama sebagai Muslim yang bertanggungjawab.



Sejajar dengan itu, Pejabat Mufti telah mengeluarkan satu buku panduan bagi membantu umat Islam memahami persoalan agama berhubung Covid-19 dan panduan melaksanakan ibadah di rumah dalam Ramadan.




"Semoga Ramadan ini mengajar Masyarakat Gemilang kita untuk lebih tabah dalam menghadapi pelbagai dugaan, dan lebih yakin dalam mengamalkan agama kita dalam situasi yang sangat berbeza ini."
- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad dalam catitan Facebooknya semalam.




COVID-19: TERKINI



Jumlah kes baru: 1,037



Jumlah kes keseluruhan: 11,178



Dapatkan berita terkini di www.beritaharian.sg



Nota: Dapatkan laporan terkini mengenai Covid-19 dalam bahasa Melayu dengan mendaftar di saluran WhatsApp pemerintah.  Anda boleh mendaftar menerusi pautan bit.ly/WAGovSG dan pilih bahasa yang diinginkan.




MASYARAKAT Islam di Singapura mula berpuasa hari ini.



Mengumumkan awal Ramadan 1441 Hijrah semalam, Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir berkata:



"Mengikut kiraan hisab, anak bulan ada di ufuk Singapura setelah matahari terbenam petang tadi selama 17 minit. Sukacita saya mengisytiharkan bahawa awal Ramadan jatuh pada esok (hari ini), Jumaat bersamaan 24 April 2020."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >