Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tabiat mula belajar, ulangkaji awal bawa kejayaan

Tiga pelajar cemerlang madrasah dipilih sebagai penerima Anugerah Madrasah Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) tahun ini. Anugerah itu, yang diperkenalkan pada 2017, bertujuan mengiktiraf pelajar cemerlang madrasah berdasar peperiksaan nasional, sambil menggalak pelajar untuk mencapai matlamat tinggi dalam bidang akademik, kepimpinan dan keterlibatan masyarakat. Ikuti wawancara BERITA HARIAN bersama mereka.
Aug 12, 2021 | 05:30 AM



CITA-CITANYA tinggi - mahu menjadi seorang doktor yang berkhidmat di khemah pelarian.



Ini mendorong Muhammad Suhail Sulaiman, 13 tahun, belajar bersungguh-sungguh semasa menduduki peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tahun lalu demi memastikan laluan pengajiannya di peringkat menengah berjalan selaras dengan keinginannya.



Hasilnya, dia mendapat keputusan cemerlang sehingga terpilih antara tiga pelajar untuk menerima Anugerah Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) bagi pelajar madrasah tahun lepas.



Muhammad Suhail merupakan pelajar Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah ketika itu.



Pelajar terbaik Madrasah Irsyad itu berkata dia bersyukur dengan anugerah tersebut.



"Dengan wang tunai yang diberi, saya akan menabungnya untuk pembelajaran lain, mungkin untuk universiti nanti," ujar anak ketiga lima beradik itu.



Mengimbas pengalaman menduduki PSLE, pelajar itu akui peperiksaan yang diduduki agak mencabar.



"Apabila rasa susah nak jawab kertas soalan, saya teringat pesan ayah; "Jangan putus asa, jika ada soalan yang tidak boleh buat, buat yang lain dahulu, kemudian kembali kepada soalan yang susah," ceritanya sambil tersenyum lebar.



Memandangkan tahun lalu pelajar Singapura kebanyakannya terpaksa menghadapi pembelajaran dari rumah (HBL) kerana masih dalam temph pemutus rantaian jangkitan, Muhammad Suhail akui agar sukar memberi fokus kepada pelajaran.



"Saya mendapati lebih susah untuk memberi tumpuan di rumah.



"Malah, saya terpaksa buat ulangkaji tambahan untuk memastikan saya memahami sepenuhnya," ujarnya.



Walaupun pelajar madrasah mempunyai lebih banyak subjek untuk dipelajari berbanding pelajar sekular, Muhammad Suhail berkata dia dapat mengimbangi masa untuk subjek sekular dan ukhrawi.



Menurutnya, selepas PSLE, terdapat satu minggu rehat dan kemudian tempoh empat minggu diberikan untuk belajar sebelum menduduki Peperiksaan Penyaluran Pengajian Islam (ISPE).



Muhammad Suhail menceritakan, bermula awal tahun lalu, dia cuba sedaya upaya untuk lebih konsisten dan mengulang kaji sekurang-kurangnya sejam satu hari bagi setiap subjek.



Selain suka belajar, Muhammad Suhail juga gemarkan kegiatan kembara.



Antara pengalaman yang beliau sangat hargai di madrasah peringkat rendah itu adalah pengembaraan bersama rakan-rakan dan guru untuk mendaki Gunung Ledang.



"Itu pengalaman yang saya tidak dapat lupakan kerana seronok bersama kawan-kawan dan dapat menikmati pemandangan dan suasana yang indah," ceritanya.



Kegiatan luar darjah yang beliau pilih pula ialah kelab robotik.



Menurutnya, kelab itu sangat menarik dan beliau telah memasuki beberapa pertandingan.



Antaranya adalah pada tahun 2018 apabila pasukannya memenangi tempat ketiga.



Kini, beliau sedang menuntut di Madrasah Aljunied Al-Islamiah dan menyertai kegiatan silat pula.



Muhammad Suhail juga berazam untuk menyambung pelajarannya ke Universiti Al-Azhar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >