Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tablet Samsung Galaxy Tab A nanti pelanggan BH

Sep 20, 2019 | 05:30 AM



SUDAHKAH anda melanggani promosi istimewa tablet Berita Harian (BH)?



Langgani BH dan dapatkan tablet Samsung Galaxy Tab A Wi-Fi percuma.



Baru-baru ini BH melancarkan promosi langganan istimewa yang membolehkan pembaca setia BH menikmati ‘sentuhan’ akhbar tradisional namun menerusi alat canggih terkini.



Dikenali sebagai Tablet BH, promosi tersebut menyediakan setiap pelanggan dengan tablet Samsung Galaxy Tab A Wi-Fi yang bernilai $398.



Aplikasi tersebut akan memuatnaikkan akhbar elektronik atau e-akhbar BH secara automatik setiap hari agar pembaca dapat menikmati kandungan akhbar ini, yang terdiri daripada berita setempat, luar negara, rencana, hiburan dan juga sukan.



Semua ini dapat dinikmati dengan yuran langganan hanya $19.90 sebulan bagi tempoh dua tahun.



Mereka yang sudah mempunyai langganan BH tanpa kontrak pula boleh menikmati promosi ini dengan tambahan langganan $14.90 sebulan bagi tempoh 24 bulan sahaja.



Dengan skrin seluas 10 inci, tablet tersebut juga memiliki pelbagai fungsi menarik seperti perkongsian artikel di media sosial, menyimpan artikel yang menarik perhatian dan arkib selama 14 hari.



Ia juga mempunyai fungsi zum – kaedah menukar jarak tumpu laporan ke saiz besar atau kecil – bagi mempermudahkan anda membacanya.



Tablet BH ini juga dilengkapi dengan fungsi muat turun di mana e-akhbar dapat dimuatturunkan ketika dalam persekitaran Wi-Fi.



Ini membolehkan pembaca membaca e-akhbar BH walau di luar talian.



Perincian tentang penggunaan tablet BH dapat ditonton menerusi video tutorial di laman berikut: https://bit.ly/2kU8opb




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >