Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tablet Samsung Galaxy Tab A percuma dengan langganan BH 2 tahun

Sep 18, 2019 | 05:30 AM



SYARIKAT Singapore Press Holdings (SPH) hari ini melancarkan satu aplikasi tablet berita yang menawarkan pengalaman baru membaca akhbar Berita Harian (BH).



Aplikasi tersebut akan memuat naik akhbar elektronik atau e-akhbar BH secara automatik setiap hari, dengan hanya perlu melakukan log masuk sekali sahaja untuk menikmati kandungan akhbar ini.



Dikenali sebagai Tablet Berita Harian, promosi langganan istimewa yang bermula hari ini menyediakan setiap pelanggan dengan tablet Samsung Galaxy Tab A WiFi, yang berharga $398 di pasaran.



Tablet tersebut dilengkapi dengan akhbar-elektronik atau e-akhbar BH.



Kaedah ini membolehkan pembaca setia menikmati Berita Harian dalam bentuk asal, seperti yang diterbitkan sekarang, namun menerusi wadah alat digital baru.



Mereka yang melanggani akhbar ini untuk tempoh dua tahun dengan yuran langganan $19.90 sebulan akan menerima tablet tersebut secara percuma.



Mereka yang sudah pun mempunyai pakej langganan BH pula boleh menikmati promosi ini dengan tambahan yuran langganan sebanyak $14.90 sebulan sahaja.



Pakej langganan istimewa juga menawarkan akses ke laman web dan aplikasi mudah alih BH.



Dengan skrin seluas 10 inci, tablet tersebut juga memiliki pelbagai fungsi menarik seperti fungsi untuk berkongsi artikel di media sosial, menyimpan artikel yang menarik perhatian dan arkib selama 13 hari.



Ia juga mempunyai fungsi 'zoom in', yang membolehkan anda membesarkan bahagian artikel yang mahu dibaca.



Selain fungsi muat naik e-akhbar secara automatik ketika dalam persekitaran Wi-fi, terdapat juga fungsi muat turun e-akhbar dari 13 hari lalu yang membenarkan anda membaca kesemua kandungan ketika dalam perjalanan walau di luar talian.



Pembaca juga mampu mengongsi berita yang terdapat di e-akhbar itu di platform media sosial seperti Facebook dengan menekan sahaja butang 'Kongsi'.



Inisiatif ini diperkenalkan menyusuli kejayaan pelancaran promosi tablet berita yang serupa untuk akhbar bahasa Cina SPH.



Sejak dilancarkan pada Mac lalu, aplikasi tablet berita itu telah menerima 9,000 langganan.



Editor Berita Harian/Berita Minggu, Encik Saat A. Rahman berkata:



"Kami gembira dapat menawarkan tablet berita BH kepada pembaca kami. Teknologi menjadi sebahagian besar dalam kehidupan seharian kita, dan kami ingin menyediakan pembaca kami dengan cara yang baru dan inovatif untuk menikmati kandungan kami secara digital, tanpa hilangnya pengalaman tradisional membaca Berita Harian dalam cetakan.



"Dengan tablet berita BH, pembaca kini boleh menikmati yang terbaik dari kedua-dua wadah. Dengan ciri-ciri yang terdapat pada tablet berita BH ini seperti memuat naik edisi terkini e-akhbar BH secara automatik, serta melakukan log masuk sekali sahaja dan fungsi perkongsian yang mudah digunakan, para pembaca kami boleh mendapati perkembangan berita terkini, di mana sahaja mereka berada dan pada bila-bila masa."



Naib Presiden, Teknologi Maklumat dan Alat Bimbit, Samsung Electronics Singapore, Cik Sarah Chua, pula berkata sejak kerjasama pertama antara Samsung dan SPH bagi menawarkan aplikasi berita akhbar Cina sebelum ini yang menyaksikan sambutan hangat dari para pembaca, syarikat itu telah mengambil keputusan untuk melanjutkan tawaran tersebut kepada pembaca akhbar BH.



"Kami percaya bahawa tawaran ini dengan kerjasama SPH akan terus memperkaya kehidupan rakyat Singapura dalam kami berkembang menjadi sebuah masyarakat Negara Bijak," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >