Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tabur bakti dalam kor sukarela demi cinta pada negara

sv
Jun 24, 2018 | 05:30 AM



SEJAK dulu lagi, relawan SAFVC 2 Siti Khairunessa Abdul Kadir berminat melakukan kerja sukarelawan.



Sebagai jururawat profesional, wanita berusia 33 tahun itu berasa penting bagi beliau menyumbang kepakaran dan pengetahuannya demi kebaikan.



Justeru pada 2015, beliau memutuskan menyertai Kor Relawan SAF (SAFVC) untuk menyumbang kemahiran dan pengalamannya sebagai jurulatih perubatan di SAFVC.



SAFVC adalah satu usaha dimulakan pada 2015 yang membolehkan masyarakat lebih luas, termasuk wanita, Penduduk Tetap (PR) generasi pertama dan warga baru, menyumbang kepada pertahanan negara.



"Semasa saya bekerja dalam suasana di klinik, saya menemui ramai pesakit dan berpeluang meraih dan mempelajari amalan terbaik dan protokol industri terkini.



"Dengan menjadi relawan, saya dapat memberi sokongan dan mengongsi serta membincangkan amalan terbaik dalam sektor perubatan," kata beliau, yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana kejururawatan di Universiti Melbourne di Australia.



Beliau antara 67 Relawan SAFVC (SV) yang dinaikkan pangkat kepada Relawan SAFVC 2 (SV2) dalam perbarisan kenaikan pangkat tiga perkhidmatan (tentera darat, laut dan udara) yang pertama diadakan di Kem Maju semalam.



Perbarisan itu turut menyaksikan 73 SV (Pelatih) menerima pengiktirafan (formation patch) yang menandakan mereka sudah selesai menjalani latihan asas selama dua minggu.



Dalam perkhidmatannya bersama SAFVC itu, SV2 Siti Khairunessa terlibat dalam beberapa pengerahan di samping anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa dan anggota kerahan Perkhidmatan Negara (ORNS).



Ini termasuk pada Jun tahun lalu apabila beliau antara lain meluangkan masa dua malam di Kem Selarang mengadakan latihan berdasarkan senario.



SV2 Khairunessa memainkan peranan sebagai pegawai kejururawatan dan ditugaskan dalam pasukan bersama NSmen.



Beliau menambah, pengalaman berkhidmat dalam SAFVC itu telah memperdalami penghargaannya kepada SAF dan juga cinta kepada negara.



Dalam ucapannya di perbarisan itu, Komander SAFVC, Kolonel (Col) Ong Kok Wui, berkata lebih 700 SV telah menyertai SAFVC sejak 2015 dan SAFVC telah selesai menjalani lebih 90 pengerahan yang menyumbang kepada operasi dan latihan SAF.



Tetamu terhormat perbarisan itu, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, berkata sebanyak 15 peranan baru juga telah dilancarkan dalam SAFVC tahun ini.



Peranan baru tersebut merangkumi lima bidang - keselamatan, kejuruteraan, psikologi/kaunseling, band tentera, dan rantaian bekalan. Ini bermakna terdapat sebanyak 31 peranan yang sedia ada dalam SAFVC kini.



"Kami dapati mereka yang mengambil bahagian dan tampil sebagai sukarelawan berasa mereka dapat menyumbang secara efektif kepada keamanan negara.



"Yang membanggakan saya adalah profil yang kami lihat di antara mereka yang hadir. Ramai anak Singapura sendiri, kaum wanita.



"Ramai kaum wanita memberi maklum balas bahawa mereka ingin menyumbang kepada Perkhidmatan Negara dan kami memberi mereka peluang hari ini menyumbang kepada Perkhidmatan Negara.



"Kami juga melihat rakyat baru Singapura yang memberi satu inspirasi kepada rakyat Singapura sendiri untuk menyumbang kepada Perkhidmatan Negara menerusi program SAFVC ini," kata Dr Maliki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >