Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tada, khidmat sewa-privet baru sertai pasaran S'pura, tidak akan kenakan tambang dinamik

Jul 26, 2018 | 05:30 PM



SATU lagi syarikat telah menyertai pasaran sewa kereta privet Singapura, mengekori langkah beberapa lagi syarikat yang berbuat demikian selepas Uber menarik diri awal tahun ini.



Khidmat itu, yang boleh digunakan menerusi aplikasi (app) Tada, dilancarkan oleh Yayasan Mass Vehicle Ledger (MVL) di acara media di pejabatnya di Ubi  pada Khamis (26 Julai).



Pengasas MVL Encik Kay Woo berkata Tada, yang bermaksud ‘ayuh naik kereta’ dalam bahasa Korea, pada masa ini, mempunyai lebih 2,000 pemandu berdaftar.



Ia berharap menambah jumlah ini kepada antara 3,000 atau 4,000 menjelan bulan depan,” kata Encik Woo, yang berasal dari Korea Selatan.



Perkembangan ini bermakna Singapura mempunyai Tada, Filo Technologies, Ryde, Kardi serta Jugnoo dari India yang akan bersaing dengan Grab yang paling lama berpangkalan di sini.



Pasaran ini dijangka menjadi lebih sesak apabila Go-Jek, dari Indonesia, menyertainya di masa depan.

Encik Woo, seorang usahawan, jua ialah  pengasas easi6 – wadah tempahan kereta – yang menawarkan khidmat di Hongkong dan Shenzhen.



MVL berharap pemandu akan terpikat dengan pendekatan bayaran tanpa-komisyen yang ditawarkannya, kata Encik Woo.



Ini membezakan Tada daripada pesaing seperti Grab, yang mengenakan caj 20 peratus tambang kepada pemandu.



Namun Tada mengambil 3.4 peratus setiap tambang yang diterima menerusi bayaran elektronik, yang menurut Encik Woo digunakan untuk penyenggaraan app itu.



Tiada urus niaga dikumpulkan secara tunai, tambahnya.



Tada tidak akan mengenakan tambang dinamik – di mana tambang turun naik mengikut permintaan.



Sebaliknya, ia mengenakan surcaj semasa tempoh puncak, seperti pada pagi dan senja, serupa dengan teksi.



Menurut Encik Woo, ini memastikan tambang – yang bermula pada $2.30 – lebih murah berbanding yang ditawarkan Grab pada tempoh itu, walau Encik Woo akur bahawa tambang Tada boleh melonjak lebih tinggi apabila permintaan berkurangan.



Tambahnya, MVL sedang mengadakan perbincangan untuk bekerjasama dengan empat atau lima syarikat sewa kereta, walau Encik Woo enggan memberitahu  nama syarikat yang terlibat.



Tada juga berharap menawarkan teksi di wadahnya, dan telah memohon kepada Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk mendapatkan sijil penyedia khidmat tempahan teksi pihak ketiga.



Ia juga sedang berbincang dengan satu syarikat teksi untuk memasukkan teksi syarikat itu ke wadahnya.



Buat masa ini, MVL mempunyai pendanaan sekitar AS$16 juta ($22 juta) yang menurut pengurus besarnya Encik Jonathan Chua, akan membantu Tada mengekalkan perniagaan walau ia tidak mengambil komisyen.



Ia berharap dapat memberi insentif kepada pemandu yag memandu dengan selamat. Pemandu yang mendapat reviu baik daripda penumpang juga akan menerima markah yang boleh ditukar menjadi ‘MVL coin’ sejeni matawang ‘crypto’.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >