Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KORONAVIRUS

Tadika PPIS Bedok dibersihkan lagi sebelum dibuka esok

Mar 29, 2020 | 05:30 AM



PUSAT Pembangunan Kanak-Kanak Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) di Bedok Reservoir Road telah menjalankan kerja-kerja pembersihan dan penyahjangkitan semalam sebagai langkah berjaga-jaga tambahan setelah seorang pelajarnya disahkan dijangkiti Covid-19.



Kes melibatkan pelajar berusia enam tahun itu diumumkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) kelmarin dan berkait dengan kelompok pusat Yayasan Masyarakat PAP (PCF) Sparkletots Fengshan.



Pelajar itu, dan tiga lagi kes yang disahkan kelmarin, adalah ahli keluarga Kes 521, yang merupakan ahli keluarga pengetua pusat PCF Sparkletots Fengshan.



Dalam kenyataannya kelmarin, PPIS berkata murid Tadika 2 itu kali terakhir berada di sekolah pada 11 Mac dan tidak menunjukkan simptom pada hari itu.



Dia telah melalui pemeriksaan kesihatan dan pengambilan suhu badan sebelum memasuki pusat itu pada hari tersebut, kata PPIS.



Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) dalam kenyataannya kelmarin berkata memandangkan kanak-kanak itu kali terakhir ke pusat tersebut 15 hari sebelum disahkan positif, pusat itu tidak dikehendaki tutup selama 14 hari.



Pusat itu telah pun menjalankan kerja pembersihan dan penyahjangkitan Rabu lalu namun mengulanginya semalam sebagai langkah berjaga-jaga tambahan.



Ia akan kembali beroperasi esok. PPIS menambah semua kakitangan dan kanak-kanak lain dari pusat di Bedok Reservoir itu berada dalam keadaan sihat sejauh ini.



Mereka yang telah ke luar negara telah dikenakan Cuti Ketidakhadiran (LOA) selama 14 hari.



Menurut PPIS, sejak penularan Covid-19 pada Januari lalu, kesemua tujuh Pusat Pembangunan Kanak-Kanak PPIS telah melaksanakan langkah berjaga-jaga, termasuk meningkatkan kekerapan pemeriksaan suhu badan, pengisian borang pengisytiharan perjalanan, mengehadkan pengunjung, memastikan amalan kebersihan diri dan persekitaran di kalangan kanak-kanak dan kakitangan, dan menggantung kegiatan kumpulan besar.



PPIS berkata ia akan terus teliti dalam memastikan tahap kebersihan diri dan persekitaran yang tinggi, serta pemantauan kesihatan yang berterusan terhadap pelajarnya.



Selain itu, PPIS telah melaksanakan langkah berjaga-jaga tambahan dalam pertubuhan itu untuk melindungi daripada Covid-19.



"Memandangkan peningkatan kes-kes Covid-19, terutamanya dengan peningkatan bilangan kes yang diimport, semua kakitangan PPIS tidak dibenarkan ke luar negara berkuat kuasa serta merta.



"PPIS akan terus memantau keadaan dengan teliti dan memberi maklumat terkini kepada kepada kakitangan, dan keluarga serta pelajar, apabila perlu," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >