Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Tafep tangani 170 kes diskriminasi setiap tahun sepanjang 3 tahun lalu

Jul 07, 2021 | 05:30 AM



PERIKATAN Tiga Pihak bagi Amalan Pengambilan Kerja Adil dan Progresif (Tafep) menangani 170 kes diskriminasi berdasarkan kewarganegaraan secara purata setiap tahun sepanjang tiga tahun lalu.



Berucap di Parlimen semalam, Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng berkata tiga sektor utama yang membentuk separuh daripada aduan itu ialah sektor borong dan dagangan runcit, khidmat pentadbiran dan sokongan, serta kegiatan khidmat lain.



Kes ini disiasat Tafep dan sekiranya wajar, kes ini juga telah dirujuk kepada Kementerian Tenaga Manusia (MOM) bagi tindakan penguatkuasaan diambil.



Dr Tan berkata demikian semasa menyampaikan Kenyataan Menteri antara lain tentang bagaimana warga Singapura boleh bersaing dengan kukuh dan adil, termasuk mengatasi diskriminasi di tempat kerja.



"Kami tahu tidak semua majikan mengikut peraturan. Kami tidak menerima amalan pengambilan kerja berdiskriminasi.



"Semua majikan dijangka mematuhi keperluan Rangka Kerja Pertimbangan Adil (FCF) dan tidak bersikap berdiskriminasi terhadap ciri-ciri yang tidak berkaitan dengan pekerjaan itu," ujarnya.



Pada Januari tahun lalu, pemerintah meningkatkan penalti bagi kes diskriminasi, termasuk menggantung hak keistimewaan pas pekerjaan bagi majikan yang tidak mematuhi peraturan selama hingga 24 bulan, berbanding sekurang-kurangnya 12 bulan sebelum ini.



Keperluan mengiklankan pekerjaan di wadah MyCareersFuture sebelum mengemukakan permohonan pas pekerjaan juga dilanjutkan hingga tempoh minimum 28 hari, berbanding 14 hari sebelum ini.



Ini supaya individu setempat yang sedang mencari pekerjaan mempunyai lebih banyak masa untuk memberi respons kepada iklan pekerjaan itu.



"Memandang ke hadapan, kami akan menjalankan lebih banyak usaha untuk mengetatkan kawalan terhadap majikan yang menggunakan amalan pengambilan kerja secara berdiskriminasi," kata Dr Tan.



Selain menentang diskriminasi, beliau berkata usaha meningkatkan kemahiran dan latihan juga penting untuk membantu warga Singapura kekal berdaya saing, termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan.



"Ini berlaku bukan sahaja disebabkan persaingan daripada pekerja asing tetapi juga faktor lain seperti perubahan teknologi dan industri yang sudah tiada.



"Sebab itulah pemerintah banyak melabur dari segi latihan semula dan pembangunan kemahiran supaya pekerja yang kehilangan pekerjaan boleh meraih kemahiran baru dan mencipta semula diri mereka, sama ada dengan melakukan pekerjaan yang berbeza dalam industri yang sama atau beralih kepada industri yang lain," ujarnya.



Tambahnya, dasar pemerintah juga telah membantu memelihara pekerjaan semasa krisis Covid-19 sekarang.



Kadar pekerjaan keseluruhan tahun lalu, tidak termasuk pembantu rumah, merosot sebanyak 166,600.



Kadar pekerjaan asing paling terjejas, merosot sebanyak 181,500. Namun, kadar pekerjaan penduduk meningkat sebanyak 14,900 meskipun dalam keadaan kemerosotan ekonomi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >