Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PEMULIHAN TAHANAN PENGGANASAN ISA

Tahanan yang dibebaskan, kes Arahan Sekatan terus diawasi ketat

Langkah pastikan tindakan awal dapat diambil jika mereka tunjukkan tanda kembali kepada ideologi radikal, terlibat semula dalam pengganasan
Feb 04, 2021 | 05:30 AM



SEJAK 2002, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) telah mengambil tindakan terhadap 129 warga Singapura bagi perbuatan berkaitan pengganasan, dengan 41 daripada mereka dikenakan Arahan Sekatan (RO).



Baki 88 orang ditahan namun 68 sudah dibebaskan.



Dalam satu kenyataan semalam, ISD berkata semua kes yang dibebaskan daripada penahanan atau dikenakan RO terus diawasi dengan ketat.



Ini bagi memastikan jabatan itu dapat mengambil tindakan awal sekiranya bekas tahanan tersebut menunjukkan sebarang tanda kembali kepada ideologi radikal atau terlibat semula dalam kegiatan berkaitan pengganasan.



Ia menambah bahawa usaha pemulihan akan hanya berhasil sekiranya individu terlibat bersikap terbuka untuk berubah.



Menurut ISD, sedang kebanyakan kes radikal yang dikesannya berjaya menjalani pemulihan, ada juga individu enggan bekerjasama dengan pihak berkepentingan yang terlibat dalam usaha pemulihannya dan sebaliknya menganggap mereka sebagai 'musuh'.



Menggariskan pendekatan pemulihan di Singapura yang menyeluruh, intensif dan berjangka panjang, ISD berkata proses itu melibatkan aspek agama, psikologi dan sosial.



Ini pertama kali ISD mendedahkan secara terperinci, dalam kenyataan media itu, bagaimana suspek pengganas ditangani di sini.



Ini menyusuli pengumuman ISD minggu lalu mengenai seorang belia Kristian Protestan berusia 16 tahun yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Disember lalu kerana merancang menyerang jemaah di dua masjid di sini.



Menurut ISD, setiap program pemulihan disesuaikan dengan keadaan unik setiap tahanan atau individu yang dikenakan RO, dengan kerjasama meluas antara pelbagai pihak berkepentingan yang terlibat dengan pemulihan untuk meningkatkan peluang bagi pemulihan berhasil bagi individu itu.



Jurucakap ISD berkata usaha memerangi pengganasan dan radikalisme di Singapura merupakan usaha bersama antara pemerintah dengan masyarakat, malah sejak penangkapan anggota Jemaah Islamiah (JI) di sini sekitar 2001.



"Dalam bidang pemulihan pengganas, kami mendahului sesetengah negara lain kerana kami bertuah mempunyai masyarakat Muslim yang bersedia tampil bekerjasama dengan pemerintah untuk menangani pengganasan," ujarnya.



Minggu lalu, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, juga berkata pendekatan Singapura menawarkan kaunseling agama kepada individu muda radikal adalah lebih baik untuk menyepadukan mereka semula ke dalam masyarakat berbanding mendakwa mereka di mahkamah dan menjatuhkan hukuman penjara ke atas mereka.



Menurut ISD, tahanan dan individu yang dikenakan RO menghadiri sesi kaunseling agama sekurang-kurangnya sebulan sekali, diberi Khutbah Jumaat serta bahan lain, seperti video ceramah dan buku oleh guru agama dan ulama.



Minggu lalu, ISD berkata remaja 16 tahun yang dikenakan Arahan Penahanan itu - yang juga individu pertama yang ditahan di sini hasil dipengaruh ideologi pelampau sayap kanan - akan melalui kaunseling agama Kristian.



Sepanjang ditahan dan selepas dibebaskan, tahanan itu juga akan bekerja rapat dengan pakar psikologi yang disediakan.



Bahkan, sokongan sosial juga disediakan untuk membantu tahanan itu, dengan keluarga mereka dibenarkan melawat mereka setiap minggu sementara seorang pegawai ditugaskan memberi sokongan kepada keluarga mereka.



Malah selepas mereka dibebaskan dan menjalani RO, mereka juga akan terus disokong pegawai kes yang akan antara lain mengawasi dan membimbing mereka.




Dalam bidang pemulihan pengganas, kami mendahului sesetengah negara lain kerana kami bertuah mempunyai masyarakat Muslim yang bersedia tampil bekerjasama dengan pemerintah untuk menangani pengganasan.
- Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >