Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENENTUAN HARGA DAN KOS PEMBANGUNAN FLAT BTO

Tahap subsidi berbeza ikut pasaran, ciri-ciri flat baru

Dec 08, 2022 | 05:30 AM



TAHAP subsidi pasaran yang digunakan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) adalah berbeza-beza bagi projek flat Bina Ikut Tempahan (BTO) dalam pelancaran yang berlainan disebabkan keadaan pasaran yang mungkin naik turun selain pelbagai ciri-ciri individu flat baru.



Subsidi pasaran yang berbeza-beza itu melindungi pembeli rumah daripada naik turun pasaran dan memastikan flat BTO kekal stabil dan boleh dimampui, kata HDB dalam satu kenyataan semalam.



"Oleh itu, apabila harga jualan semula meningkat, HDB akan, seiring, perlu menaikkan subsidi pasaran untuk memastikan harga BTO kekal dimampui.



"Subsidi pasaran telah diambil kira dalam harga jualan flat BTO, dan pembeli flat harus mempertimbangkan harga jualan, di samping bajet perumahan dan pilihan peribadi mereka, apabila membuat keputusan pembelian flat," kata HDB.



Kenyataan tersebut dibuat setelah isu kemampuan dan harga flat BTO diutarakan beberapa kali sejak beberapa bulan lalu, termasuk di Parlimen.



Menjelaskan cara harga jualan BTO ditentukan, HDB berkata dengan pelbagai projek BTO yang dilancarkan di estet perumahan berlainan setiap tahun, harga jualan flat baru tidak akan sama dan akan perlu mengambil kira faktor lokasi dan ciri-ciri individu flat yang ditawarkan dalam setiap pelancaran.



Ini memastikan ia adil bagi pembeli kerana flat tersebut boleh dibeli dan dijual dalam pasaran jualan semula selepas tempoh penginapan minimum (MOP) lima tahun, dan faktor lokasi serta ciri-ciri flat lain akan dicerminkan dalam harga jualan semula dan sebarang manfaat akan diterima pemilik atau penjual flat.



Oleh itu, apabila menentukan harga flat BTO baru, HDB pertama sekali akan menetapkan nilai pasaran flat dengan mempertimbangkan harga flat jualan semula setanding yang berdekatan, yang dipengaruhi keadaan pasaran semasa dan juga ciri-ciri individu flat.



"HDB kemudian menggunakan subsidi besar terhadap nilai pasaran yang dinilai demi memastikan flat baru mampu dimiliki bagi pembeli flat.



"Perbezaan harga antara flat jualan semula yang setanding dengan flat bersubsidi secara umumnya menggambarkan subsidi pasaran yang disediakan bagi flat baru, selepas mengambil kira perbezaan dalam ciri-ciri, termasuk tempoh penginapan," kata HDB.



Pendekatan serupa turut diambil bagi projek Perumahan Awam Lokasi Utama (PLH), di mana pembeli harus mematuhi beberapa syarat lebih ketat berbanding projek BTO biasa.



Harga flat di bawah model itu diberi subsidi tambahan, di samping subsidi pasaran yang diberikan kepada semua flat BTO, kerana flat baru di lokasi utama secara semula jadi mempunyai nilai pasaran yang lebih tinggi.



Ini supaya flat PLH kekal mampu dimiliki kumpulan rakyat Singapura yang lebih besar, terutamanya pembeli kali pertama.



Pemilik flat PLH bagaimanapun akan perlu membayar peratusan ditetapkan daripada harga jualan semula atau penilaian flat yang lebih tinggi kepada HDB semasa penjualan flat mereka untuk mengurangkan sebarang keuntungan durian runtuh yang berlebihan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >