Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tahniah dari PM Lee kepada pasukan silat negara

Dec 12, 2016 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada pasukan silat negara, termasuk Muhammad Shakir Juanda dan Sheik Farhan Sheik Alau'ddin, yang dinobatkan sebagai juara dunia, dalam satu pos Facebook semalam.



Kepulangan pasukan silat negara pada Jumaat lalu menerima sorakan gemuruh dari ahli keluarga, peminat serta penyokong di Lapangan Terbang Changi, yang berasa bangga atas pencapaian baik mereka dalam Kejohanan Pencak Silat Sedunia ke-17 di Bali, Indonesia, baru-baru ini.



Muhammad Shakir dan Sheik Farhan dinobatkan sebagai pemenang pingat emas di kejohanan itu.



"Tahniah dan selamat pulang kepada pasukan silat negara, termasuk Muhammad Shakir Juanda dan Sheik Farhan Sheik Alau'ddin yang telah dinobatkan sebagai juara dunia selepas kededuanya memenangi pingat emas di Kejohanan Pencak Silat Sedunia di Bali baru-baru ini.



"Semasa saya bertemu dengan Sheik Farhan di majlis penyampaian Anugerah Jauhari Berita Harian pada (Ogos lalu), beliau sedang gigih berlatih untuk pertandingan ini. Syabas!" tulis Encik Lee di Facebook.



"Pasukan silat kita telah berjuang keras sepanjang pertandingan itu, dan mereka berjaya meraih dua pingat emas, satu perak dan lapan gangsa. Setibanya di Lapangan Terbang Changi semalam (kelmarin), para atlit disambut meriah oleh ahli keluarga, rakan-rakan dan para peminat mereka," tambah Encik Lee.



Encik Lee turut berkongsi atau 'share' laporan muka satu Berita Minggu bertajuk Juara dunia disambut meriah di Facebooknya.



Muhammad Shakir, 28 tahun, berjaya menumpaskan pesilat Indonesia Firdhana Wahyu Putra di akhir-akhir perlawanan dalam kategori I (85-90kg) semasa pertandingan itu.



Sementara itu, Sheik Farhan pula berjaya menewaskan Mach Quoc Hung dari Vietnam dengan menguasai perlawanan dari awal hingga akhir bagi mencatat kemenangan dalam kategori J (90-95kg).



Kemenangannya itu bererti Sheik Farhan berjaya mempertahankan gelaran juara dunia yang dimenanginya ke atas lawan yang sama pada tahun lalu di Bangkok.



Bagi Muhammad Shakir, ini kali kedua beliau bergelar juara dunia setelah kali terakhir memenangi kejuaraan itu dalam Kejohanan Pencak Silat Sedunia di Chiang Rai, Thailand, pada 2012.



Encik Lee berkata:



"Kepada semua atlit, syabas dan terima kasih kerana terus mengharumkan nama negara!"




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >