Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Tahu-tahu ruang tamu sudah dijilat api'

Jan 20, 2022 | 05:30 AM



ENCIK Mohaamad Hafiz Jaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga tambahan setiap kali mengecas bateri basikal elektrik (e-basikal) miliknya.



Antara lain, beliau telah membeli bateri tambahan dan sentiasa memastikan bateri basikal dikeluarkan daripada basikal sebelum dicas dan beliau selalu elak daripada mengecas bateri semalaman.



Namun, malang tidak berbau dan mimpi ngeri yang cuba dielakkan berlaku kepadanya semalam.



Menurut Encik Hafiz, 28 tahun, salah satu bateri yang sedang dicas terbakar semasa keluarganya sedang tidur, menyebabkan sebahagian flatnya - unit empat bilik di Blok 723 Jurong West Avenue 5 - dijilat api. Lima daripada enam anggota keluarganya turut dikejarkan ke hospital.



Menceritakan kejadian itu kepada Berita Harian (BH) semasa ditemui semalam, Encik Hafiz, yang bertugas sebagai penghantar makanan, berkata bapanya, Encik Jaya Abdullah, 64 tahun, tersilap dan mengecas bateri yang disyakinya rosak.



"Saya telah mensyaki bateri e-basikal saya 'rosak', ada sesuatu yang tidak kena ketika menunggangnya petang semalam (kelmarin).



"Justeru saya mengecas bateri tambahan e-basikal yang berwarna hitam, dan meletakkan bateri yang 'rosak' (berwarna hijau) di sebelahnya.



"Sebelum masuk tidur, saya bangun untuk mematikan cas bateri. Tahu-tahu ruang tamu sudah terbakar... kami kelam-kabut keluar flat sedang api makin besar."



Menurut Encik Hafiz, keluarganya sering membantunya memantau bateri yang dicas agar tidak melampaui had mengecas.



Justeru, bapanya hanya berhasrat mahu membantu beliau mengecas bateri.



Menjawab pertanyaan BH, SCDF berkata ia dimaklumkan mengenai kebakaran itu pada 6.10 pagi semalam.



Menurut SCDF, kebakaran melibatkan kandungan ruang tamu dan telah dipadamkan menggunakan satu beg galas Compressed Air Foam (CAF).



SCDF berkata lima anggota isi rumah itu telah dihantar ke hospital setelah menghidu asap tebal. Namun Encik Jaya ditahan di hospital bagi rawatan lanjut kerana mengalami kelecuran.



Siasatan awal menunjukkan punca kebakaran adalah bateri e-basikal yang sedang dicas di ruang tamu, kata SCDF.



Encik Hafiz kemudian meluahkan akan kesedihannya terhadap nasib malang yang ditimpa keluarganya ini.



Mengongsi rancangannya, Encik Hafiz akan membeli satu lagi bateri yang berharga sekitar $800 untuk e-basikalnya supaya dapat terus bekerja demi k membiayai kos pembaikan rumahnya itu.



Dalam satu pos di Facebook, SCDF mengingatkan masyarakat mengenai pencegahan kebakaran alat mobiliti peribadi (PMD) atau basikal yang gunakan kuasa (PAB) seperti mengelak mengecas untuk jangka masa yang panjang atau semalaman serta elak menggunakan bateri yang tidak asli. Selain itu, pengguna tidak digalakkan untuk mengubah atau cuba memperbaiki PMD/PAB sendiri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >