Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tahun Baru 2022 disambut dalam cuaca sejuk dengan hujan

Jan 01, 2022 | 05:30 AM



RAKYAT Singapura menyambut Tahun Baru 2022 dengan cuaca sejuk dan hujan, dengan suhu pada awal bulan ini dijangka lebih rendah antara 23 dengan 31 darjah Celsius pada beberapa hari, kata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



NEA dalam kenyataannya semalam berkata keadaan monsun timur laut yang sedang berlaku di rantau ini diramalkan berlarutan hingga ke bulan ini, dengan angin paras rendah bertiup dari barat laut atau timur laut.



"Pada permulaan tahun baru, sebuah sistem tekanan tinggi di benua Asia utara dijangka menjadi kuat dan membawa cuaca lebih lembap dan sejuk ke rantau ini.



"Pengukuhan sistem tekanan tinggi ini dijangka membawa lonjakan angin kencang timur laut (atau lonjakan monsun) di Laut China Selatan.



"Lonjakan ini akan berlangsung selama beberapa hari dan kemungkinan membawa cuaca lebih sejuk dengan hujan petir yang sederhana hingga lebat sekali-sekala di Singapura dan kawasan sekitarnya," jelas NEA.



NEA berkata selepas itu, hujan serta guruh diramalkan turun pada sebelah petang, sambil menambah bahawa cuaca hujan itu kemungkinan reda pada minggu kedua.



Hujan serta guruh jangka pendek masih boleh dijangkakan pada sebelah petang untuk beberapa hari, dan cuaca panas dan kadangkala berangin dengan hujan pada beberapa hari.



Secara keseluruhannya, paras hujan untuk dua minggu pertama bulan ini dijangka melebihi purata sedikit bagi kebanyakan bahagian negara ini.



Bagi baki dua minggu pertama Januari, suhu harian diramalkan lebih tinggi antara 24 dengan 33 darjah Celsius.



Suhu maksimum harian tetap boleh mencapai sehingga 34 darjah Celsius pada beberapa hari.



Maklumat lanjut dan ramalan cuaca harian boleh didapati menerusi laman Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) di www.weather.gov.sg, atau laman NEA di www.nea.gov.sg.



Orang juga boleh memuat turun aplikasi myENV untuk mendapatkan maklumat terkini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >