Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tahun lalu sukar bagi pekerja penjagaan kesihatan dengan tiga gelombang Covid-19: Ye Kung

Jan 22, 2023 | 03:51 PM



 



BAGI ramai warga Singapura, 2022 merupakan tahun di mana kehidupan kembali lebih 'normal', namun berbeza pula bagi pekerja penjagaan kesihatan.



Ini kerana mereka terpaksa mengharungi beberapa gelombang Covid-19, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung pada Ahad (22 Jan).



"Ia merupakan tahun yang sangat sukar bagi sektor penjagaan kesihatan," kata beliau di Hospital Besar Sengkang.



Encik Ong telah bertemu dengan pekerja penjagaan kesihatan pada hari pertama Tahun Baru Cina, lapor The Straits Times.



"Mengenang tahun lalu...masyarakat semakin berdaya tahan terhadap Covid-19, dan saya rasa warga Singapura mendapati bahawa kehidupan kembali seperti sediakala.



"Namun, bagi pekerja penjagaan kesihatan, ia merupakan tahun yang paling sukar; mereka perlu mengharungi tiga gelombang jangkitan," kata beliau.



Tiga gelombang yang melanda negara ini melibatkan sub-varian Omicron, dengan gelombang BA.2 pertama memuncak pada Mac.


Ini diikuti dengan penyebaran sub-varian BA.5 pada Jun dan Julai, kemudian XBB pada Oktober dan November.


Selepas membuat pusingan di pelbagai wad dan mengucapkan selamat Tahun Baru Cina serta memberikan oren kepada pekerja penjagaan kesihatan dan pesakit, Encik Ong melahirkan rasa terima kasihnya kepada semua pekerja penjagaan kesihatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >