Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mempertingkat bilik berita di bawah SPH Media Trust

Tahun pertama bakal saksikan peningkatan wadah media khususnya digital: CEO

SMT bentuk tiga pasukan bertindak, usul langkah teliti operasi menyeluruh
Dec 02, 2021 | 05:30 AM



PENINGKATAN semua wadah dan produk SPH Media Trust (SMT) akan dapat dilihat dalam tahun pertama peralihannya kepada syarikat baru itu, terutama dalam bidang digital, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sementara SMT, Encik Patrick Daniel, semasa menggariskan matlamatnya.



Menurut beliau, akhbar dan produk-produk lain syarikat tersebut tidak boleh membiarkan pembaca menunggu terlalu lama sebelum peningkatan dilaksana.



Produk yang diterbitkan sekarang sudah pun mempunyai mutu yang tinggi, ujar beliau, justeru langkah seterusnya ialah untuk memperkukuh sumber-sumber bagi setiap bilik berita supaya mutu kandungan yang disediakan boleh terus dipertingkat bagi memenuhi keperluan pembaca.



SMT menerbitkan akhbar Berita Harian dan lain-lain penerbitan antaranya The Straits Times, Lianhe Zaobao dan Tamil Murasu.



Pemindahan operasi media syarikat itu sebagai syarikat berhad dengan jaminan (CLG) selesai dilaksana hari ini, menandakan mercu tanda penting dalam sejarah landskap media setempat.



Di bawah penyusunan semula itu, kesemua perniagaan berkaitan media di SPH termasuk anak syarikat yang relevan, pekerja, bangunan News Centre dan Print Centre serta aset teknologi maklumat (IT) akan dipindahkan ke CLG.



September lalu, pemegang saham syarikat SPH Limited mengundi bagi meluluskan penyusunan semula tersebut yang melibatkan SPH memindahkan operasi media ke CLG dan penjualan baki perniagaan SPH yang tersenarai.



Sebagai sebahagian perjanjian pemindahan tersebut, CLG baru itu akan menerima $80 juta tunai dari SPH dan $30 juta dalam bentuk saham.



Dalam wawancara dengan akhbar SMT menjelang perasmian pemindahan tersebut, Encik Daniel, yang dilantik sebagai CEO sementara Mei lalu, berkata sejak beberapa bulan lalu, syarikat itu telah mula memperhebatkan pelaburan dalam bidang digital serta memperkukuh sumber di bilik berita, dan usaha ini akan dipergiat dalam bulan-bulan akan datang.



"Peningkatan harus berlaku dengan cepat, tidak boleh tunggu terlalu lama... sekarang ini, anda semua sudah melakukan kerja yang baik jadi apa yang diperlukan ialah mempercepatkan prosesnya.



"Dalam bidang digital, kita akan membuat lebih banyak pelaburan, lebih banyak sumber akan diberikan. Kita mahu mendekati pembaca muda, pembaca di luar negara; kita mahu mengembangkan audiens kita," ujar Encik Daniel, yang pernah menjadi timbalan CEO SPH.



Encik Daniel menarik perhatian, SMT telah pun membentuk tiga pasukan bertindak untuk meneliti dan menyarankan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapai matlamat syarikat tersebut menjadi organisasi media yang diyakini.



Pasukan-pasukan bertindak itu berperanan meneliti operasi secara menyeluruh, dan dianggotai bukan hanya ketua-ketua daripada pihak penerbitan malah daripada pihak langganan, pemasaran, teknologi dan juga divisyen-divisyen kecil dalam syarikat.



"Pembaca adalah perkara utama yang kita sentiasa fikirkan. Kita mahu memberi khidmat terbaik buat mereka. Pastikan mereka suka produk yang ditawarkan, sanggup membayar untuk melanggan. Jika mereka tidak mahu melanggan, kita juga sediakan banyak kandungan percuma dan pembaca yang perlu berdaftar ini adalah sebahagian daripada kumpulan pembaca kita," tambah beliau.



Diminta mengulas mengenai kedudukan beliau, Encik Daniel berkata tanggungjawabnya ialah untuk memastikan pemindahan SMT sebagai CLG berjalan lancar dan selepas itu ada beberapa isu yang perlu diuruskan seperti semakan gaji kakitangan sedia ada dan proses mendapatkan bakat-bakat baru.



"Selepas itu, sejurus kami dapat mencari seseorang yang sesuai, saya akan mengundur diri untuk seseorang menerajui syarikat ini secara tetap. Saya akur, saya adalah 'orang lama', dan kita memerlukan seseorang yang dapat membawa SMT ke hadapan... tetapi buat masa ini, perniagaan media adalah sesuatu yang masih membakar semangat saya," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >