Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AMPRO

Tahun sukar akibat konflik dan pandemik

Jun 18, 2021 | 05:30 AM



TAHUN ini merupakan tahun kedua Kumpulan AMPRO dicabar dengan wabak Covid-19.



Kesan yang paling ketara adalah kesukaran untuk membuat kiriman daging korban kepada mereka yang memerlukan akibat pergerakan yang terbatas.



Konflik di Timur Tengah yang baru tercetus pula menimbulkan masalah logistik.



Namun, Ampro tetap berusaha untuk membantu mereka yang menderita.



Sejak mempelopori usaha melaksanakan ibadah korban di luar negara pada tahun 1999, Ampro telah menghantar daging korban ke serata dunia - dari Indonesia sampai ke Timur Tengah - yang kebetulan merupakan tempat yang mempunyai golongan besar penduduk yang menderita akibat bencana alam atau konflik.



Walaupun menempuh banyak cabaran, melalui Projek Korban Amal yang digabungkan dengan Program Bantuan Kemanusiaan, Ampro dapat meneruskan usaha untuk menghulur bantuan.



Fokus kini tertumpu kepada tiga kelompok manusia, yang wajar dibantu:



  • Golongan yang mudah terjejas

  • Golongan yang terusir dari tempat tinggal mereka dan;

  • Pelarian

PAKEJ KORBAN AMAL



Tahun ini merupakan tahun ke-22 Ampro telah berkecimpung dalam Projek Korban Amal.



Ampro telah mempelbagaikan pakej korban untuk memberi lebih manfaat kepada mereka yang memerlukan.



Pertama, korban yang diitinkan. Ini akan memanjangkan jangka hayat daging korban dan membolehkan kiriman ke lokasi yang sebelumnya susah di jangkau.



Kedua, daging korban yang dibekukan yang dapat bertahan selama enam bulan. Sama ada ditinkan atau di bekukan, jangka hayat daging korban yang panjang amat sesuai untuk kiriman daging korban ke tempat yang bermasalah dari segi logistik.



Ketiga, korban ditempat di mana penyembelihan dan agihan dibuat di kawasan penerima daging korban.



NEGARA SASARAN



Selaras dengan tujuan untuk menolong tiga kelompok manusia seperti yang tertera, pada tahun ini kami akan mengirim daging korban ke negara negara berikut:



1. Penduduk Palestin di Gaza;



2. Pelarian Palestin di Lebanon, Jordan dan Turkey;



3. Kaum Rohingya di Myanmar dan di perkampungan sementara diperbatasan Myanmar dan Bangladesh.



4. Penduduk Yaman - golongan ini yang paling kritikal dan menurut laporan PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang paling teruk.



Sebanyak 400,000 kanak-kanak dibawah usia lima tahun dianggarkan akan menjadi mangsa kebuluran dan pemakanan yang tidak bergizi.




HUBUNGI KAMI






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >