Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tahun Tindakan Iklim S'pura dilancar

Jan 27, 2018 | 05:30 AM



MENANGANI masalah perubahan iklim adalah usaha bersama dan bukan usaha pemerintah semata-mata, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Berucap di majlis pelancaran Tahun Tindakan Iklim Singapura semalam, Encik Masagos menggesa individu dan syarikat agar memainkan peranan mengurangkan pengeluaran karbon.



"Kami rasa adalah penting meningkatkan kesedaran, di peringkat nasional, tentang keperluan bertindak secara individu dan secara bersama, bagi mengatasi perubahan iklim demi meneruskan kemampanan Singapura.



"Pemerintah tidak boleh melakukan perkara ini sendiri," kata Encik Masagos di majlis yang berlangsung di pusat beli-belah City Square di Little India.



Semalam, Encik Masagos turut melancarkan Ikrar Tindakan Iklim, yang menggesa individu dan syarikat mengisytiharkan kesediaan mereka bertindak menentang perubahan iklim.



Sebagai contoh, individu boleh berikar mengitar semula barangan yang dipakai, menggunakan pengangkutan awam dan berjalan kaki atau mengayuh basikal.



Pertubuhan pula boleh berikrar menaikkan suhu hawa dingin di pejabat antara satu dengan dua darjah Celsius.



Lebih 210 ikrar telah dibuat setakat ini.



Blog di Internet tentang tindakan iklim juga telah diterbitkan di laman web Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR) - climateaction.sg - yang akan berkhidmat sebagai sumber penerangan bagi pihak yang ingin mengurangkan penggunaan karbon.



Perubahan iklim merujuk kepada pemanasan Bumi yang berlaku kerana perbuatan manusia.



Ini termasuk pembalakan yang memusnahkan hutan dan penggunaan hasil bumi secara keterlaluan yang menghasilkan gas rumah hijau (GHG).



Gas ini memerangkap haba di atmosfera, menyebabkan pemanasan bumi.



Singapura menyumbang hanya 0.11 peratus pengeluaran GHG dunia, tetapi ia berada di tangga ke-26 dalam kalangan 142 negara berdasarkan pengeluaran GHG bagi setiap penduduk, mengikut data 2015 yang diperolehi dari Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA).



Ini bermakna setiap penduduk di Singapura menghasilkan lebih banyak GHD berbanding penduduk di negara lebih besar seperti Britain, Switzerland dan Perancis.



Dalam pada itu, Singapura, yang menjadi pengerusi Asean tahun ini, antara lain difahami akan memperkenalkan inisiatif serantau berkenaan perubahan iklim.



Singapura akan menganjurkan Mesyuarat Menteri Asean Khas tentang perubahan iklim Julai ini, kata Encik Masagos sambil menambah acara itu penting bagi Asean menunjukkan kepimpinannya berkenaan perubahan iklim.



"Ia memberi isyarat tegas kepada masyarakat antarabangsa bahawa kita di Asia kekal komited kepada Perjanjian Paris dan akan bertindak bersama bagi menangani perubahan iklim," ujar Encik Masagos.



Di bawah Perjanjian Paris, Singapura berikrar mengurangkan pengeluaran GHG sebanyak 36 peratus kadar 2005, jelang 2030.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >