Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tak buat tempahan, halang laluan sebabkan sesak tika solat Jumaat

Muis ajak umat Islam setempat bersikap rahmah, bersabar
Apr 08, 2023 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) mendapati masih ada golongan jemaah yang tidak menempah tempat terlebih dahulu sebelum ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.



Ini selain mereka yang berkongsi tempahan dengan orang lain, langsung menjejas mereka yang telah membuat tempahan secara sah sebelum ke masjid, ia menambah.



Sementara itu, terdapat juga ramai jemaah yang berdiri di kawasan pintu masuk masjid, menghalang laluan keluar bagi jemaah dari sesi pertama solat Jumaat, tambah Muis dalam satu kiriman di Facebook pada Jumaat.



"Ini menyebabkan kemarahan jemaah lain dan menyebabkan kakitangan dan sukarelawan berasa tertekan," kata Muis.



Muis mengajak umat Islam setempat untuk mengamalkan sikap rahmah dan bersabar Ramadan ini, sikap yang telah dipaparkan sebelum pandemik.



Beberapa masjid di sekitar Singapura mengalami kesesakan semasa solat Jumaat apabila ada golongan jemaah yang datang tanpa membuat tempahan.



Antara masjid yang dilaporkan sesak sewaktu solat Jumaat ialah Masjid An-Nur di Marsiling Drive, Masjid Darul Ghufran di Tampines dan Masjid Haji Mohd Salleh Geylang.



Justeru Muis menggesa orang ramai bekerjasama dalam memastikan kesemua jemaah dapat menjalankan ibadah dengan selesa di masjid.



Ini termasuk dengan memahami bahawa ruang di masjid terhad dan mereka perlu menempah tempat - sepertimana yang ditetapkan di beberapa masjid - untuk solat Jumaat, menurut Muis.



"Kami berdukacita melihat beberapa amalan yang menyebabkan jemaah lain berasa tidak selesa atau marah semasa mereka ingin menjalankan ibadah di masjid.



"Kita perlu mengamalkan sikap rahmah dan sabar Ramadan ini, sikap-sikap yang telah dipaparkan sebelum pandemik ini," menurut kenyataan itu lagi.



Ia juga mengutarakan setinggi penghargaan terhadap sukarelawan di masjid yang berkhidmat untuk jemaah.



Kenyataan itu menambah:



"Mereka komited dalam menghulurkan bantuan mereka setiap hari, sama ada dalam pengagihan bubur, menyediakan makanan iftar, menganjurkan tarawih dan taddarus.



"Dalam tempoh dua minggu akan datang ini mereka juga bakal menghadapi lebih ramai jemaah bagi solat Aidilfitri."



Menurut seorang jemaah kepada Berita Harian, ada keperluan untuk membangunkan lebih banyak masjid atau pertingkat ruang di masjid-masjid sedia ada.



"Keadaan seperti ini tidak harus berlaku kerana kesesakan jemaah menimbulkan risiko terhadap keselamatan dan keselesaan jemaah."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >