Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tak fikir dua kali jalani vaksinasi walau ada diabetes

Mar 13, 2021 | 05:30 AM



SEBAIK menerima surat yang menawarkannya untuk menjalani vaksinasi Covid-19, Ustaz Maarof Mohamad, 71 tahun, tidak berfikir dua kali.



Ini meskipun beliau menghidap kencing manis, namum Ustaz Maarof berkata beliau yakin dengan keselamatan vaksin tersebut.



"Tidak mungkin pemerintah tidak menyelidik dan memastikan keselamatan vaksin itu terlebih dahulu sebelum memberikannya kepada rakyat.



"Lagipun beberapa pemimpin negara kita sudah tampil dan mengambil suntikan terlebih dahulu dan alhamdulillah mereka tidak mengalami sebarang kesan sampingan buruk.



"Ini yang membulatkan tekad saya untuk tidak ragu-ragu mengambilnya," katanya yang sering menyampaikan kuliah di antaranya di Masjid An Nur, Masjid Yusof Ishak dan Masjid Al-Mukminin.



Ayah kepada dua orang anak dan datuk kepada dua orang cucu ini telah mendapatkan suntikan dos pertama vaksin pada 1 Mac lalu, bersama-sama isterinya, Cik Sharifah Farida Syed Salim, 58 tahu, yang merupakan seorang pembantu klinik.



Mereka telah mengambil suntikan itu di Kelab Masyarakat Woodlands Galaxy.



Menurut Ustaz Maarof, beliau memuji cara, proses dan prosedur vaksin itu dilaksanakan.



"Sebaik saya datang, ada pegawai yang menyambut saya sebelum bertanyakan tentang kesihatan saya, sama ada saya mempunyai sebarang alahan atau sedang mengambil sebarang ubat," ujarnya.



Beliau yang mengidapi kencing manis tidak berasa ragu-ragu untuk mengambil suntikan itu meski ada teman-temannya yang menyuarakan keprihatinan.



"Apabila suntikan diberi, sebenarnya tak rasa pun, macam gigit semut jer," katanya sambil tertawa.



Beliau kemudian perlu tunggu sekitar 20 minit untuk melihat sekiranya ada alahan timbul sebelum mendapatkan temu janji untuk dos kedua.



"Selepas disuntik, alhamdulillah... tiada alahan, pening atau rasa tak sedap," katanya lagi.



Ustaz Maarof turut memuji keselesaan dan kecekapan prosedur suntikan vaksin.



Nasihatnya kepada warga lain yang masih ragu-ragu dalam pengambilan vaksin ialah agar tidak melepaskan peluang keemasan ini.



"Jika tiada halangan apa-apa yang membolehkan anda disuntik, usah lepaskan peluang ini.



"Lagipun tiada bayaran dikenakan meski ubat ini bukanlah murah.



"Jangan sia-siakan peluang yang diberikan pemerintah. Kita ikhtiar dan yang lain-lainnya kita serahkan kepada Allah," nasihatnya.




"Jika tiada halangan apa-apa yang membolehkan anda disuntik, usah melepaskan peluang ini. Lagipun tiada bayaran dikenakan meski ubat ini bukanlah murah.

Jangan sia-siakan peluang yang diberikan pemerintah. Kita ikhtiar dan yang lain-lainnya kita serahkan kepada Allah."

- Ustaz Maarof Mohamad, 71 tahun.




SAMA-SAMA KITA LINDUNGI ORANG YANG KITA CINTAI



"Program vaksinasi Covid-19 buat warga emas kini sedang berlangsung dan kami gembira melihat warga emas tampil mendapatkan vaksinasi. Warga emas berusia 60 tahun dan ke atas boleh melungsuri laman web vaccine.gov.sg untuk membuat janji temu walaupun mereka belum menerima surat. Mereka juga boleh mendapatkan bantuan membuat janji temu bagi vaksinasi itu di mana-mana kelab masyarakat di serata negara. Selepas membuat janji temu, kami menggalak anda untuk hadir bagi vaksinasi itu pada waktu janji temu untuk mengelak daripada kesesakan. Warga emas menghadapi risiko lebih tinggi mengalami penyakit serius atau komplikasi akibat jangkitan Covid-19 dan oleh itu, mereka diutamakan bagi vaksinasi tersebut. Saya menggesa warga emas segera membuat janji temu dan bersama, kita lindungi orang yang kita cintai daripada Covid-19."
- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >