WABAK koronavirus global mungkin menyekat rancangan orang ramai untuk ke Jepun bagi menyaksikan bunga sakura mekar atau cherry blossoms.
Namun, orang ramai kini boleh berbuat demikian di Taman di Persisiran yang kini memaparkan pokok itu di Flower Dome, lapor The Straits Times.
Penduduk Singapura boleh mengongsi pengalaman terpaksa membatalkan rancangan mereka ke Jepun di laman web Taman itu minggu ini untuk mendapatkan tiket percuma ke Sakura Matsuri, atau Pesta Sakura, yang dilancarkan pada hari Selasa (10 Mac).
Sebanyak 500 tiket disediakan bagi penduduk yang merancang untuk melancong ke Jepun antara 1 Mac dan 31 Mei tetapi tidak kesampaian.
Mereka perlu membuktikan pembatalan perjalanan dari syarikat penerbangan atau agensi pelancongan dengan nama semua pelancong.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
Tak jadi ke Jepun? Nikmati sakura di Taman di Persisiran
Mar 11, 2020 | 10:01 AM