Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tak patuh langkah selamat, 19 disiasat

Sep 23, 2021 | 05:30 AM



POLIS sedang menyiasat 19 individu yang didakwa berkumpul dan minum arak di tempat yang tidak berlesen pada 20 September lalu.



Ini berlaku di sebuah unit di bangunan komersial dan perumahan campuran di Balestier Road, kata polis dalam kenyataan semalam.



Seramai 19 individu itu sedang disiasat bagi kesalahan tidak mematuhi langkah jarak selamat Covid-19.



Polis telah menemui minuman keras, sistem karaoke, meja biliard, serta alat hiburan lain dalam unit di mana individu tersebut telah berkumpul.



Hiburan awam dan minuman keras dipercayai disediakan di unit tersebut tanpa lesen yang sah.



Seorang lelaki berusia 25 tahun dikenal pasti sebagai pengendali unit itu. Dia merupakan antara 19 individu yang ditemui di sana.



Dia akan disiasat atas kesalahan di bawah Akta Hiburan Awam dan Akta Kawalan Minuman Keras (Bekalan dan Penggunaan) 2015.



Tindakan menyediakan hiburan awam dan membekalkan minuman keras tanpa lesen yang sah masing-masing membawa denda hingga $20,000.



Bagi kesalahan tidak mematuhi langkah jarak selamat, pesalah boleh dipenjara hingga enam bulan, didenda hingga $10,000, atau kedua-duanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >