Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tak sabar berkhidmat pada skala lebih besar

Baru-baru ini, 27 pemimpin masyarakat dan 23 belia telah dilantik sebagai anggota Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (PA Mesra) ke-16 dan Jawatankuasa Kecil Belia PA Mesra ke-4. Anggota yang dilantik akan berkhidmat selama tiga tahun bermula dari 1 April 2022 hingga 31 Mac 2025. BERITA HARIAN memaparkan antara anggota yang telah dilantik serta harapan mereka sepanjang memegang jawatan masing-masing.
Jun 06, 2022 | 05:30 AM



DENGAN pengalaman sebagai pemimpin akar umbi di Kelab Masyarakat (CC) Tanjong Pagar selama tujuh tahun, Cik Zulayqha Zulkifli berpeluang berkhidmat kepada masyarakat melalui penglibatan pelajar serta golongan muda yang bekerja.



Kini, dia akan memikul tanggungjawab lebih besar setelah dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Kecil Belia Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) bagi penggal baru.



Sebagai pengerusi wanita pertama dan paling muda yang pernah dilantik untuk memegang jawatan tersebut, anak muda berusia 28 tahun itu tidak sabar untuk memainkan peranannya untuk menyumbang kepada masyarakat melalui platform yang lebih besar.



Ini termasuk menyediakan wadah untuk golongan belia bergaul serta mengongsi pendapat mereka tentang isu yang menjadi keprihatinan mereka.



Cik Zulayqha merupakan salah seorang daripada 23 belia yang baru-baru ini dilantik sebagai jawatan dalam penggal ke-4 Jawatankuasa Kecil Belia PA Mesra.



"Dengan pelantikan ini, saya harap dapat menyuntik tenaga baru sebagai anak muda dan memberi perspektif yang berlainan tentang apa yang kami dapat lakukan untuk membantu orang ramai.



"Ini termasuk bekerjasama bersama pasukan saya untuk mempertingkatkan program yang sedia ada selama ini," katanya Zulayqha.



Sebelum dilantik sebagai pengerusi, Cik Zulayqha sebenarnya sering melibatkan diri dalam kerja kemasyarakatan.



Belia itu pernah memegang jawatan naib pengerusi dan merupakan ahli Majlis Mesra.



Walaupun dia mempunyai pengalaman tujuh tahun sebagai pemimpin akar umbi, pekerja sosial itu menjelaskan dia akan berhadapan dengan isu yang berlainan.



"Memang saya mempunyai pengalaman dalam kerja kemasyarakatan, namun sekarang skalanya adalah besar.



"Boleh katakan ini adalah satu 'upgrade'," katanya.



"MAEC yang saya sedia sumbang adalah kecil dan dalam satu kejiranan sahaja.



"Tetapi dengan Mesra, saya ditugaskan untuk menawarkan program-program berlainan yang dapat dimanfaatkan golongan orang yang lebih luas. Masih ada banyak yang saya harus pelajari terutamanya daripada mereka yang lebih berpengalaman," ujarnya.



Cik Zulayqha berharap dapat bekerjasama dengan badan-badan yang berlainan dan mereka yang mempunyai kepakaran dalam sektor berlainan.



Katanya, melalui kerja sama itu, ia dapat mempunyai kesan yang lebih besar kepada lebih ramai orang.



"Apabila kita memanfaatkan kepakaran setiap satu individu ahli kami, kita dapat perspektif yang berlainan.



"Ini saya rasa membolehkan kami menyediakan program atau menawarkan sokongan yang lebih baik bagi orang ramai," tambahnya.



Antara program yang dia harap dapat diusahakan dalam masa akan datang adalah isu kesihatan mental dikalangan golongan belia.



"Meskipun terdapat lebih banyak kesedaran tentang isu ini, saya rasa masih ramai yang mungkin rasa malu atau tidak rasa selesa untuk berkongsi tentang isu kesihatan mental yang mereka hadapi, ini terutamanya bagi golongan lelaki.



"Isu ini banyak diketengahkan ditengah-tengah pandemik ini dan ini menunjukkan bahawa ramai yang sebenarnya menderita sendirian.



"Sekiranya kita dapat menyediakan platform yang selesa dan selamat, saya rasa kami dapat menangani isu kesihatan mental dalam kalangan masyarakat kita," ujarnya.




“Meskipun terdapat lebih banyak kesedaran tentang isu ini, saya rasa masih ramai yang mungkin rasa malu atau tidak rasa selesa berkongsi tentang isu kesihatan mental yang mereka hadapi, terutamanya bagi golongan lelaki. Isu ini banyak diketengahkan ditengah-tengah pandemik ini dan ini menunjukkan bahawa ramai yang sebenarnya menderita sendirian. Sekiranya kita dapat menyediakan platform yang selesa dan selamat, saya rasa kami dapat menyelesaikan isu kesihatan mental dalam kalangan masyarakat kita.
– Cik Zulayqha Zulkifli.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >