Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tak sempat buat penyesuaian tapi bersyukur majlis lancar

Jan 04, 2021 | 05:30 AM



MEMPELAI Cik Nurhuda Md Bashir dan Encik Khairul'Amirin Hassan (atas) tidak sempat membuat perubahan besar pada majlis perkahwinan yang berlangsung kelmarin - sempena hujung minggu pertama pembukaan semula ekonomi Fasa Tiga.



Mereka telah bernikah di Masjid Alkaff Kampung Melayu dengan hanya mengundang 40 orang manakala majlis persandingan diadakan di Istana Ballroom di Tanjong Katong Complex.



Cik Nurhuda mengatakan bahawa beliau mendapati masa menyusuli pengumuman Fasa Tiga dengan majlis perkahwinannya agak terlalu suntuk untuk membuat apa-apa perubahan.



"Saya dan suami tidak membuat perubahan kerana masa agak suntuk... masa kami lebih tertumpu pada perkara lain dalam usaha memastikan masjlis berjalan lancar," ujar pengantin berusia 26 tahun itu.



Menurut Cik Nurhuda, majlis persandingannya sudah dirancang dibahagikan kepada tiga sesi. Setiap sesi dilangsungkan selama 1.5 jam dengan sekitar 80 tetamu.



Antara setiap sesi jamuan itu pula diadakan sesi pembersihan selama 20 minit di lokasi tersebut sebelum disambung sesi jamuan seterusnya.



Pasangan itu juga mengatakan bahawa walaupun peraturan 'dilonggar' - setiap meja boleh menempatkan sehingga lapan tetamu dalam Fasa Tiga - mereka tetap dengan rancangan asal iaitu lima tetamu duduk semeja."Saya rasa, jika majlis persandingan saya diadakan pada hujung bulan ini, mungkin kami mempunyai lebih masa buat penyesuaian dengan kelonggaran Fasa Tiga. Namun, kami tetap bersyukur majlis kami tetap berjalan lancar," tambah pembantu pemasaran itu.



Laporan lanjut: Pernikahan lebih ceria dengan lebih ramai tetamu, walau keselamatan tetap dijaga




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >