Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Tak sengaja ambil dadah luar negara bukan satu kesalahan: Shanmugam

Sep 14, 2022 | 05:30 AM



MENGAMBIL dadah secara tidak sengaja di luar negara biasanya bukan satu kesalahan, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam. Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan di Parlimen kelmarin mengenai kes warga Singapura membeli produk mengandungi ganja di Thailand.



Dalam jawapan bertulis itu, Encik Shanmugam berkata Biro Narkotik Pusat (CNB) akan menyiasat apabila seseorang itu didapati mengambil dadah. Tetapi beliau menambah bahawa jika penggunaan itu tidak disedari atau tidak disengajakan, biasanya tiada kesalahan telah dilakukan.



Cik Joan Pereira (GRC Tanjong Pagar) bertanya menteri tentang penduduk Singapura yang melancong ke Thailand dan secara tidak sengaja membeli barang mengandungi ganja kerana tidak dapat membaca senarai ramuan dalam bahasa Thai.



Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) pula bertanya apakah langkah yang diambil bagi meningkatkan kesedaran tentang bahaya dan kelaziman produk makanan biasa, seperti coklat atau gula-gula, yang mengandungi ganja, yang mudah didapati di pasaran runcit di luar negara.



Thailand negara Asia pertama membenarkan penjualan ganja mulai 9 Jun. Dadah itu kini biasa dijual dan ditemui dalam banyak produk dan makanan di sana, termasuk sup tom yum, yang popular dalam kalangan ramai rakyat Singapura.



Kelmarin, Encik K. Shanmungam berkata CNB sedang bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan, untuk mewujudkan kesedaran tentang bahaya ganja dalam kalangan pelajar dan anggota Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa.



Beliau berkata CNB juga bekerjasama dengan media untuk melaporkan kes produk makanan mengandungi ganja dirampas daripada orang yang membawa masuk barangan itu dari luar negara.




"Kami menggesa orang yang melancong ke negara yang membolehkan makanan, minuman dan produk lain mengandungi dadah terkawal dijual, agar berhati-hati dan memeriksa apakah produk itu mengandungi dadah terkawal. Jika ragu-ragu, jangan beli atau makan produk itu."
- Encik S. Shanmugam, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >