Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Takziah mencurah bagi Fadil, jemaah dikenali ramai yang rebah di stesen MRT

Dec 17, 2020 | 12:26 PM



UCAPAN takziah mencurah-curah di media sosial sebaik berita mengenai pemergian Allahyarham Muhammad Fadil Sulaiman tersebar pada Rabu (16 Dis). 



Muhammad Fadil, 42 tahun, sering dilihat di masjid dan juga acara masyarakat. Beliau dikenali ramai, termasuk dari golongan asatizah dan juga selebriti tempatan yang telah melahirkan rasa dukacita mereka atas pemergian beliau.



Menurut abang Allahyarham, Encik Mohammad Latif Sulaiman, beliau dihubungi pihak polis sekitar 2.40 petang semalam dan diberitahu adik bongsunya itu rebah di stesen MRT setelah mengalami sesak nafas dan dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH).



Walaupun telah bergegas ke hospital sebaik menerima berita itu, Encik Latif dan anggota keluarga yang lain tidak sempat bertemu Allahyarham dan beliau disahkan meninggal dunia oleh doktor sekitar sejam selepas itu.



Encik Latif meluahkan penghargaan beliau kepada semua yang mengingati adiknya:



“Beliau memang seorang yang istimewa, syarahan dan juga acara-acara masyarakat, memang itu lah tempat-tempat yang beliau sering pergi untuk hiburkan hati.



“Kami terima banyak mesej dan ucap takziah, memang kami sekeluarga amat terharu bila lihat ramai yang mengingati beliau,” katanya semasa dihubungi Berita Harian.



Encik Latif turut menyampaikan penghargaan kepada semua yang telah menawarkan untuk menaja pengurusan jenazahnya.



Namun, segala pengurusan jenazah akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak PERGAS.



Ketua Pegawai Eksekutif Pergas Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff berkata:



“Saya kenali arwah sejak lebih 10 tahun lalu semasa beliau kerap ke Masjid Al Falah dahulu. Walaupun tidak seperti insan lain, arwah dikenali sebagai seorang yang suka kunjungi masjid serata Singapura, hadir acara qiyam dan ceramah serta yang istimewanya tidak pernah lupa mengirimkan nama kedua orang tuanya utk acara tahlil malam Jumaat.”



Difahamkan jenazah akan dikebumikan di Pusara Aman petang nanti. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >