LEE KUAN YEW 1923-2015
Takziah pelajar S'pura dari Universiti Al-Azhar di Mesir
Mar 27, 2015 | 08:52 AM
SERAMAI 11 pelajar Singapura dari Universiti Al-Azhar turut bersama menandatangani buku takziah dan bertafakur menghormati pemergian mendiang Encik Lee Kuan Yew di Kahirah, Mesir, semalam.
Diketuai oleh Presiden Perhimpunan Kebajikan Pelajar Singapura di Kahirah, Mesir (Perkemas), Encik Mohamed Fairuzee Salihudin, mereka bergilir-gilir menandatangani buku takziah di Kedutaan Singapura di Kahirah.